Kemalangan; asal perkataan malang. Pepatah orang Melayu "malang tidak berbau". Memang tidak berbau lebih-lebih lagi apabila kemalangan tersebut berlaku sewaktu tuan punya harta tidak berada di tempat kejadian.
Malang datang tidak dijemput, hadir tak diminta. Kemalangan berlaku di mana-mana. Kemalangan jalan raya adalah salah satu bentuk kemalangan. Dan kemalangan jalan raya tidak semestinya memerlukan kereta itu dalam keadaan bergerak atau pemandunya perlu berada dalam sesebuah kenderaan.
Itulah yang berlaku kepada saya pada hari Khamis lepas (4 September 2014); satu tarikh yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Kereta saya telah terlibat dalam satu kemalangan tetapi saya sendiri tidak terlibat dalam kemalangan tersebut kerana semasa kereta saya terlibat dalam kemalangan, saya sedang berada di rumah, sedang lena diulit mimpi - sekitar jam 3.00 pagi dan 3.30 pagi.
Memang malang tidak berbau. Malah tidak berbunyi apabila kereta diparkir sedikit jauh dari rumah. Saya langsung tidak mendengar bunyi alarm akibat daripada kemalangan tersebut yang melibatkan kereta saya yang tidak bersalah.
Sebuah Viva merah hampir melanggar sebuah Vios putih, dapat mengelak tetapi melanggar pula Mercedes Benz berwarna biru yang kemudian bergerak lalu menghentam kereta saya. Dalam kejadian tersebut, Vios, Benz dan kereta saya diparkir sebelah menyebelah ditempat parkir yang telah ditetapkan. Hanya Viva merah sahaja yang bergerak di atas jalan ketika kemalangan berlaku. Hanya pemandu Viva merah yang berada dalam keretanya ketika kemalangan itu berlaku.
Hasilnya:
Buat julung-julung kalinya saya ambil EL.

Jangan Disangka Kereta Diparkir Tidak Kemalangan
Reviewed by faizalnizam
on
September 08, 2014
Rating:

Hahahha. First time blog kau berbentuk penceritaan begini. Adakah hasil pembacaan ayahanda dan ketarah sawi?
ReplyDeleteMulai semalam aku akan menulis bentuk penceritaan.
Deleteteruk juga kesan kereta itu wah..berat..berat..
ReplyDeleteBoleh tahan terok lah.
Deletebiasalah tu. dah normal dah nih. haha
ReplyDeleteUntuk beginner yang first time kena macam aku ni, rasa tak berapa normal sgt lah bro.
Delete