Widget Random Post No.

Wanita Mati Lemas di Tasik Shah Alam, Apa Puncanya?

Hari ni akhbar melaporkan mayat seorang wanita telah ditemui mati lemas di Tasik Shah Alam hari ini selepas terjun ke dalam tasik berkenaan. Kejadian telah disaksikan oleh orang awam yang kemudiannya membuat panggilan kecemasan kepada pihak bomba.

Pihak bomba menerima panggilan kecemasan sekitar jam 3.43 petang. Kejadian dikatakan berlaku sekitar jam 3.30 petang. Sebuah jentera telah dikejarkan ke tempat kejadian untuk menyelamatkan wanita tersebut yang tidak sedarkan diri semasa ditemui.

Malangnya, pasukan perubatan daripada Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) yang dipanggil ke lokasi kejadian kemudian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia. Mayat telah dihantar ke HTAR bagi bedah siasat. Kes juga telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan.
Tindakan wanita tersebut terjun ke dalam tasik berkenaan mencadangkan bahawa ia satu tindakan bunuh diri tetapi punca sebenar sudah tentu hanya boleh diketahui selepas bedah siasat dilakukan dan siasatan dibuat oleh pihak polis. Kejadian seperti ini yang berlaku di tempat rekreasi awam seperti di Tasik Shah Alam boleh menjejaskan imej tempat berkenaan dan mewujudkan kebimbangang di kalangan orang awam dan para pengunjung tasik berkenaan.

Bagi penduduk Shah Alam, Tasik Shah Alam sememangnya terkenal sebagai kawasan riadah dan rekreasi dengan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di kawasan tasik berkenaan. Selain menjadi tumpuan ibu bapa membawa anak-anak beriadah di tasik berkenaan, Tasik Shah Alam juga menjadi tumpuan para remaja terutamanya para pelajar institut pengajian tinggi sekitar Shah Alam.

Kita berharap akan ada laporan lanjut tentang kejadian ini untuk mengetahui siapakah identiti wanita tersebut dan apakah punca sebenarnya wanita tersebut terjun ke dalam Tasik Shah Alam sehingga mati lemas.


Incoming Search:
wanita mati lemas tasik shah alam, tasik shah alam kejadian mati lemas, wanita terjun dalam tasik shah alam, tasik shah alam ditutup, wanita ditemui mati di tasik shah alam, kejadian bunuh diri di tasik shah alam
Wanita Mati Lemas di Tasik Shah Alam, Apa Puncanya? Wanita Mati Lemas di Tasik Shah Alam, Apa Puncanya? Reviewed by faizalnizam on January 13, 2015 Rating: 5

No comments:

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.