Who's talking about being disconnected?

Ads

ads
Powered by Blogger.
LightBlog

Sunday, 24 May 2015

Cuti-Cuti Malaysia: Percutian Singkat ke Cameron Highland

As-Salam para pembaca. Semoga sihat semua hendaknya. Setiap hari kita bekerja untuk mencari rezeki dan kebanyakan daripada kita melakukan dan/atau mengulang rutin yang sama setiap hari. Keadaan ini boleh menyebabkan tekanan dan memberi kesan tidak baik terhadap kesihatan kita. Oleh yang demikian, molek jika hujung-hujung minggu kita bercuti seketika makan angin bersama-sama keluarga. Tidak perlu ke tempat jauh-jauh seperti ke luar negara. Dalam Malaysia pun banyak tempat menarik untuk kita release tension.

Entri kali ini saya akan berkongsi sedikit pengalaman short vacation saya bersama isteri di Cameron Highland. Memandangkan Sabtu lepas (16 Mei 2015) adalah Sabtu ke-3 bulan Mei, saya tidak bekerja dan memutuskan untuk memanfaatkan hujung minggu dengan isteri di tempat yang sejuk-sejuk sedikit.


Hotel Rosa Passadena, Brinchang, Cameron Highland


Kami bertolak dari Pulau Pinang sekitar jam 10.30 pagi hari Sabtu. Perjalanan kami lancar dari Pulau Pinang hingga ke Cameron Highland. Cuma ada beberapa kawasan yang trafiknya perlahan kerana kerja-kerja pembaikan jalan sedang dilakukan. Kami sampai di Cameron Highland sekitar 3.00 petang. Kami memilih Hotel Rosa Passadena sebagai tempat penginapan untuk 1 malam sahaja.

Hotel Rosa Passadena terletak di tengah-tengah pekan Brinchang. Hotel Rossa Passadena dikatakan sentiasa menjadi pilihan penginapan di kalangan penduduk tempatan dan juga para pelancong kerana keadaan biliknya yang selesa. Banyak juga pilihan hotel-hotel bajet lain di Cameron Highland selain daripada Hotel Rosa Passadena. Pekan Brinchang boleh tahan juga sesaknya. Di Pekan Brinchang ini juga terletaknya pasar malam yang sentiasa menjadi tumpuan ramai.

Urusan tempahan bilik di Hotel Rosa Passadena diuruskan oleh isteri saya. Biliknya selesa dan bersih. Kami menginap di salah satu bilik di tingkat dua hotel tersebut. Dari bilik kami boleh nampak gunung-gunung yang menghijau dengan cuaca dingin yang sangat menyelesakan. Harga bilik di hotel tersebut sekitar RM200 untuk satu malam.

Pelbagai Jualan Barangan dan Makanan di Kea Farm



Selepas berehat sebentar di hotel, kami terus ke Kea Farm. Kea Farm adalah daerah pertanian di Cameron Highland yang terletak kira 3 kilometer ke utara pekan Brinchang atau 3 kilometer ke selatan pekan Tringkap. Kami datang dari arah utara, maka kami akan keluar di Exit Simpang Pulai. Jadi dalam perjalanan ke Hotel Rosa Passadena, kami telah melalui Pekan Tringkap dan Kea Farm sebelum sampai ke hotel di Pekan Brinchang.

Semasa di Kea Farm pada hari Sabtu, kami belum membeli apa-apa. Sekadar jalan-jalan dan tengok-tengok sahaja. Kami cuma  membeli brokoli goreng dan jagung rebus sebagai alas perut. Kemudian singgah di salah satu kedai dalam kawasan Kea Farm itu untuk makan tengahari. Macam-macam ada dijual di Kea Farm ini antaranya sayur-sayuran, buah-buahan, bunga-bungan, pokok kaktus yang kecil-kecil dan baju-baju.

Strawberi dan Coklat Lazat di Royal Berry Strawberry Park



Selepas window shopping di Kea Farm. Kami menuju ke Royal Berry Strawberry Park pula. Namanya sahaja sudah mencerminkan tujuan kami ke sana; pastinya untuk memetik dan mengutip sendiri buah strawberi dan makan strawberi yang telah dipetik cicah coklat. Memang menggoda dan menyelerakan. Selain menikmati strawberi dan coklat, menu lain yang ada di sini antaranya ialah aiskrim strawberi, jus strawberi dan muffin strawberi.

Royal Berry Strawberry Park merupakan ladang strawberi yang secara relatifnya agak baru. Ladang ini dibuka pada 23 Mei 2013. Ia adalah salah satu jenama di bawah Arus Pesona Sdn. Bhd yang merupakan milik usahawan Melayu Tengku Faridah Tengku Hussain dan suaminya Kamarul Azli Ahmad. (sumber: http://cameronhighlandsroyalberry.blogspot.com/)

Cameron Lavender Garden Untuk Peminat Bunga



Kami kemudiannya ke Cameron Lavender Garden selepas menikmati strawberi dan coklat di Royal Berry Strawberry Park. Cameron Lavender Garden mendapat namanya daripada bunga-bunga lavender yang menjadi salah satu tarikan di taman itu. Cameron Lavender Garden terletak antara Kuala Terla dan Pekan Tringkap. Kami mengambil beberapa foto di Cameron Lavender Garden bersama bunga-bungaan yang menjadikan taman itu cantik dan sangat sesuai untuk merakam kenangan apabila ke Cameron Highland.

Di Cameron Lavender Garden juga pengunjung boleh memetik bunga dan strawberi. Terdapat sebuah kafe di situ jika berhajat untuk minum minum sambil menikmati udara nyaman Cameron Highland. Kami membeli sedikit cederamata dari gift shop yang terletak dalam kawasan Cameron Lavender Garden. Pengunjung perlu membayar entry fee untuk masuk ke Cameron Lavender Garden; RM6.00 untuk seorang dewasa dan RM4.00 untuk seorang kanak-kanak.

Hari pertama di Cameron Highland terisi sepenuhnya. Sebelah malam kami tidak ke mana-mana. Sekadar makan malam di hotel kemudian berehat-rehat selepas sehari suntuk berjalan dan tersekat dalam kesesakan lalu lintas semasa pulang ke hotel dari Cameron Lavender.

Teh Enak dan Pemandangan Indah Di Bharat Tea House



Hari Ahad (17 Mei 2015), hari kedua di Cameron Highland, kami check out dari hotel sekitar jam 10.30 pagi dan menuju ke Ladang Teh Bharat. Ladang Teh Bharat terletak sedikit jauh dari hotel kami menginap di Pekan Brinchang. Di Ladang Teh Bharat ini pemandangan ladang teh boleh dinikmati dari atas iaitu dari Cameron Valley Tea House.

Menikmati pemandangan ladang teh yang menghijau sambil menghela udara segar Cameron Highland bersama secawan lemon peach tea panas ditemani isteri tercinta memang menimbulkan satu perasaan yang luar biasa. Satu memori yang pasti tidak akan kami berdua lupakan. Kalau boleh memang kami ingin lebih berlama-lama di situ tapi kekangan masa tidak mengizinkan.

Kaktus Comel dan Kaktus Besar di Cactus Point



Selepas menikmati teh enak dan pemandangan indah di Ladang Teh Bharat, kami menuju pula ke Cactus Point. Cactus Point terletak di Brinchang. Cactus Point tidaklah begitu besar tetapi terdapat pelbagai pilihan kaktus untuk peminat-peminat kaktus. Kami membeli 6 pasu kaktus kecil yang comel untuk dijadikan hiasan di rumah, bersama stand nya sekali.

Destinasi terakhir kami sebelum pulang ke Pulau Pinang ialah Kea Farm sekali lagi. Kali ini matlamat kami bukan sekadar jalan-jalan dan tengok-tengok sahaja. Kami membeli beberapa kotak strawberi dan berbungkus-bungkus sayur-sayuran segar Cameron Highland untuk dibawa pulang. Selain itu kami juga dapatkan beberapa keychains dan sehelai t-shirt I Love Cameron Highland sebagai ole-ole fizikal.

Alhamdulillah, percutian singkat kami berjalan lancar dan menyeronokkan walaupun tidak sampai 48 jam kami berada di Cameron Highland. Mungkin perkongsian ini boleh menjadi panduan, jika tidak banyak mungkin sedikit untuk kawan-kawan yang berhajat untuk bercuti atau jalan-jalan di Cameron Highland. Memang banyak lagi tempat-tempat menarik untuk dilawati di Cameron Highland tetapi kami hanya sempat mengunjungi 5 lokasi sahaja.


InsyaAllah kita berjumpa lagi dalam Cuti-Cuti Malaysia yang seterusnya.

7 comments:

  1. Bestnyer dapat bersantai dengan tersayang di Cameron Highlands.

    ReplyDelete
  2. bercuti dekat sana mmg best dgn cuacanya yg sejuk..

    ReplyDelete
  3. P byk kali dah.. Tp sekadar minum teh ja

    ReplyDelete
  4. maaf tuan / puan saya nak share sikit di blog ini
    saya agency pelancongan di bandung, sapa sapa nak datang bercuti di bandung
    bisa contact saya,,,menyediakan transpot untuk city tour bandng, ada juga pakej hotel
    dan transpot untuk 3malam 4hari dengan harga yang cukup berbaloi.


    wahtsap +6287821719271
    facebook brek.yahya19@gmail.com

    ReplyDelete
  5. untung laa tuan tanah... lepas ni bercuti kemana pulak ye?

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum..
    JOM BERCUTI KE SABAH.
    kami akan MeRealisasikan percutian anda bila berkunjung ke Sabah,
    BORNEO KINABALU TOUR & TRANSPORT SDN. BHD

    PAKEJ 3HARI 2MALAM

    01/ Hari Pertama (OVERNIGHT KUNDASANG)
    1000 : Jemput di Lapangan Terbang KKIA Terminal 1/2
    1030 : Melawat Rumah Terbalik (up side Down House) Tamparuli.
    1130 : Melawat Pekan Nabalu
    1230 : Melawat Ladang Lembu (Mini New Zealand).
    1400 : Makan Tengah hari di Kundasang.
    1600 : Check in Hotel/Homestay/Chalet (Kundasang)
    1900 : Hantar untuk Makan Malam pekan kundasang.
    *Tour Tamat*

    02/Hari Kedua (TOUR KUNDASANG & RANAU)
    0900 : Jemput dari Hotel/Homestay/Chalet
    1000 : Melawat Ikan Spa.
    1130 : Melawat Hot Spring, Canopy Walk & Air Terjun.
    1600 : Melawat Jambatan Tamparuli.
    1700 : Melawat Yayasan Sabah.
    1730 : Melawat Masjid Bandaraya Kota kinabalu.
    1800 : Melawat Signal Hills.
    1830 : Melawat pasar kraftangan (Pilipino Market).
    2000 : Check in Apartment Marina Kota kinabalu.
    *Tour Tamat*

    03/ Hari Ketiga (SAPI, MANUKAN ISLAND & AIPORT TRANSFER)
    0830 : Check Out dari Apartment Marina ke Jeti Jesselton Point.
    0900 : Menaiki bot ke pulau Sapi (aktiviti pantai & snorkelling).
    1200 : Makan tengah Hari BBQ yang disediakan.
    1245 : Menaiki bot ke pulau Manukan (aktiviti pantai & Snorkelling)
    1500 : Menaiki Bot ke jeti Jesselton Point.
    1530 : Jemput dari jeti Jesselton Point & Melawat Tanjung aru Beach.
    1700 : Transfer ke Airport KKIA T1/2
    *Tour Tamat*

    Pakej ini Termasuk :
    1). Pengangkutan Selama 3Hari 2Malam
    Van Pelancongan @ Taxi Limousine
    Pemandu
    Minyak
    Muatan Maksimum 10 Dewasa
    2). Penginapan Homestay Kundasang & Marina Apartment Kota Kinabalu
    May Homestay Kundasang (1Night)
    Marina Apartment Kota kinablu (1Night)
    3). Tiket-Tiket Masuk tempat lawatan
    Rumah Terbalik (up side down house)
    Ladang Lembu
    Hot Spring
    Ikan Spa
    4). Pulau Sapi & Manukan
    Tiket pulau Sapi
    Tiket pulau Manukan
    Insurance
    Bot
    Jaket Keselamatan
    Maks Snorkelling
    Makan Tengah Hari BBQ di Pulau Sapi.
    Untuk keterangan pakej lebih lanjut bole berhubung,
    En Roslan 0168392919 (whatsapp)
    Email : borneoukinabalutour@gmail.com

    ReplyDelete
  7. Salam sejahtera Tuan / Puan, Sebelum itu ingin memohon maaf kerana membuat promosi disini...
    Semoga Tuan/Puan senantiasa diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezki(Amiin). Buat Tuan/Puan yang sudah merancang bercuti ke Bandung/Jakarta dan memerlukan kereta beserta pemandu bolehlah hubungi kami :

    WhatsApp : +6282214441280 / +6282282222896
    Call : +6282214441280 / +6282282222896
    Email : Dhanibandung@yahoo.com
    Blog : Melancongdibandung.blogspot.com (Dhani Tour Bandung)
    Website : www.paketpelanconganbandung.com


    Kami sangat mengutamakan kepuasan tetamu dan dijamin harga yang sangat berpatutan...Insya Alloh kami memberikan service yang terbaik dan layanan taraf 5 bintang...

    KAMI PUN MENYEDIAKAN PAKET BERUPA TRANSPORT DAN HOTEL
    Semoga inform dari saya dapat memudahkan urusan bercuti Tuan/Puan untuk ke Bandung.
    Nb : Yang lebih mahal itu banyak, yang lebih murah pun ada tapi kami janjikan yang terbaik dari Dhani Tour Bandung... (Insya Allah) Jom mari melancong di Bandung... Wassalam dan Terima Kasih...

    JOM MELANCONG INDONESIA…
    CITY TOUR BANDUNG DAN CITY TOUR JAKARTA

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

LightBlog