Widget Random Post No.

Hati-Hati Di Jalan Raya
Elakkan Kemalangan Di Bulan Mulia

As-Salam para pembaca. Selamat berpuasa di bulan Ramadan bagi hari kelapan. Di bulan Ramadan yang mulia ini, walaupun kita berpuasa, kita masih kena bekerja seperti biasa. Di sesetengah tempat majikan membenarkan para pekerja pulang awal sempena bulan Ramadan bagi membolehkan para pekerja yang beragama Islam bersiap sedia untuk berbuka puasa.

Bercakap soal pulang dari kerja, kebiasaanya keadaan jalan raya akan menjadi sangat sesak semasa kita hendak pulang ke rumah dari tempat kerja. Dalam keadaan yang sesak sedemikian, keselamatan adalah perkara yang mesti diutamakan. Jangan kerana hendak bergegas untuk ke bazar Ramadan atau balik ke rumah untuk menyediakan juadah berbuka, anda terlibat dalam kemalangan jalan raya pula.

Saya ingin kongsi satu berita yang dilaporkan melalui Manchester Evening News (M.E.N) berkenaan kemalangan yang berlaku di Oxford Street, Manchester City Centre. Seorang wanita berusia lingkungan 50-an cedera parah apabila dilanggar oleh seorang penunggang basikal yang menunggang arah yang salah.

Kredit: Mark Candlin's Flickr

Gina Forshaw, 55 tahun, dilanggar oleh penunggang basikal itu ketika dia sedang berjalan kaki pulang ke rumah dari tempat kerjanya. Penunggang basikal tersebut membiarkan sahaja Gina terbaring di atas tanah selepas pelanggaran berlaku. Malah penunggang basikal itu pula menyalahkan Gina kerana tidak berhati-hati semasa berjalan.

Keadaan trafik yang sesak di kawasan tersebut menyebabkan pemandu kenderaan menjadi agresif. Sekaligus menjadikan penunggang basikal juga agresif, menurut laporan berita berkenaan. Gina adalah contoh mangsa kesesakan lalu lintas dan pengguna jalan raya yang agresif.

Di Malaysia sendiri kita sering dengar dan baca isu isu di atas jalan raya. Daripada kemalangan maut sehinggalah samseng jalan raya. Berita-berita sebegini sememang tidak enak didengar dan dibaca, lebih-lebih lagi jalan raya adalah untuk kegunaan dan keselesaan semua orang.

Oleh pesanan penaja ialah pastikan anda sentiasa berhati-hati semasa di jalan raya lebih-lebih lagi di bulan Ramadan begini. Kalau anda melalui kawasan bazar Ramadan yang sesak, pastikan keadaan selamat sebelum anda menggerakkan kenderaan anda atau semasa melintas jalan.

Selamat berpuasa kepada Muslimin dan Muslimat.
Hati-Hati Di Jalan Raya
Elakkan Kemalangan Di Bulan Mulia
Hati-Hati Di Jalan Raya<br>Elakkan Kemalangan Di Bulan Mulia
Reviewed by faizalnizam on June 25, 2015 Rating: 5

3 comments:

  1. kereta mainan siapakah itu haa??

    haha..

    yup. Apapun, kena hati-hati time raya ni.

    Tiap2 tahun, mesti ada yang eksiden.

    ReplyDelete
  2. Aku rembat gambar kereta mainan dari akaun Flickr orang putih. Time puasa dengan time raya memang waktu krtikal atas jalan raya bro. Kena extra careful.

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.