Who's talking about being disconnected?

Ads

ads
Powered by Blogger.
LightBlog

Wednesday, 22 July 2015

Jongkong Emas 50KG Di Muzium Emas
Public Gold Pulau Pinang

As-Salam para pembaca. Pernahkan anda melihat dengan mata kepala sendiri jongkong emas seberat 50kg yang bernilai RM7.5 juta? PG Gold Museum merupakan muzium emas pertama seumpamanya di Malaysia dan di sini anda boleh menyaksikan sendiri jongkong emas seberat 50kg bernilai RM7.5 juta tersebut.

Muzium Emas Public Gold ini terletak di Lebuh Bishop, Georgetown, Pulau Pinang. Menurut Pengurus Muzium Denise Tang, pengunjung akan mengambil masa kira-kira satu jam unutk menerokai seluruh muzium emas tersebut.


Kredit: jejakemas.com

Pengunjung boleh merasai pengalaman melalui laluan bawah tanah dan ditambah dengan kesan bunyi menggali pada abad dahulu bagi melahirkan suasana unik dan nostalgia buat pengunjung.

Muzium Emas Public Gold berkenaan dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 6 petang termasuk cuti umum, pengunjung dikenakan bayaran dengan harga promosi RM28 (dewasa) dan RM15 (kanak-kanak dan warga emas) manakala bagi kanak-kanak tujuh tahun ke bawah masuk adalah percuma.


Sumber: Bernama & Berita Harian

No comments:

Post a Comment

appreciating your feedback and response!

LightBlog