Widget Random Post No.

10 Talian Penting (Hotline) Syarikat Insurans/Takaful Untuk Bantuan 24 Jam Kerosakan dan Kemalangan Kenderaan

As-Salam pembaca yang budiman sekalian. Pada zaman sekarang boleh dikatakan setiap keluarga mempunyai sekurang-kurang sebuah kereta. Ada sesiapa sudah memiliki Honda Civic Type R 2017? Cukup menawan hati.

Walau bagaimanapun perkongsian kali ini bukan untuk bercerita tentang model kereta yang hebat dan terbaru dalam pasaran kenderaan di Malaysia. MdFN hanya ingin berkongsi maklumat asas tetapi sangat berguna kepada semua pengguna dan pemilik kereta; iaitu senarai nombor talian penting (hotline) syarikat insurans/takaful kenderaan yang harus anda hubungi sekiranya kereta anda mengalami kerosakan dan/atau kemalangan di jalan raya atau mengalami kerosakan di rumah, lebih-lebih lagi apabila anda memerlukan perkhidmataan menunda (towing service).

Di sini, MdFN menyenaraikan 10 nombor talian penting (10 hotline numbers) untuk memudahkan kita semua menghubungi pembekal perlindungan insurans/takaful kenderaan masing-masing. Jika anda ingin senarai ini ditambah, sila tinggalkan komen dengan menyatakan syarikat insurans/takaful yang anda mahu nombor talian pentingnya (hotline) dimasukkan dalam senarai ini



10 HOTLINE NUMBERS OF MOTOR INSURANCE/MOTOR TAKAFUL FOR 24 HOURS ROADSIDE ASSISTANCE SERVICE

AIG Malaysia 24 Hours Road Assistance Service
1-300-88-3933

Allianz 24 Hours Car Assistance Programme
1-800-88-6278

Am Assurance 24 Hours Breakdown or Accident Service
1-300-88-2647 (powered by Kurnia Auto Assist)
1-300-22-1188 (Accident Assist Call Centre)

AXA Affin 24 Hours Motor Roadside Assistance
1-800-88-1033

Berjaya Sompo Rakan Auto
03-7628 3822/03-7841 5660

Etiqa 24 Hours Emergency and Car Breakdown Assistance
1-800-88-6491

MSIG Insurance 24 Hours Motor Assist
1-300-88-0833

Takaful Ikhlas 24 Hours Bantuan Ikhlas (Assistance Service)
1-800-88-1186

Takaful Malaysia 24 Hours Tele Bantuan
1-800-88-8788

Tokio Marine Auto Partner
03-2053 5800
1-800-88-1301 (Tow Truck Services)

Semoga maklumat yang dikongsikan ini berguna untuk pembaca sekalian terutamanya jika anda berada dalam saat-saat kecemasan. MdFN mencadangkan supaya anda screenshot posting ini dengan telefon pintar anda supaya rujukan pantas boleh dibuat andaikata kejadian tidak diingini berlaku di tempat atau kawasan yang talian mudah alihnya tidak begitu memberangsangkan.

Berhati-hati di jalan raya. Pastikan anda tidak memotong menggunakan laluan/lorong kecemasan dan sentiasa mematuhi tanda keselamatan jalan raya.
10 Talian Penting (Hotline) Syarikat Insurans/Takaful Untuk Bantuan 24 Jam Kerosakan dan Kemalangan Kenderaan 10 Talian Penting (Hotline) Syarikat Insurans/Takaful Untuk Bantuan 24 Jam Kerosakan dan Kemalangan Kenderaan Reviewed by faizalnizam on November 07, 2017 Rating: 5

No comments:

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.