Sejarah hidup Baginda, walaupun berakhir pada usia 63 tahun, bukanlah sejarah yang pendek. Segala kesakitan, cabaran, dugaan, rintangan, ujian, kebencian, serangan fizikal, mental dan spiritual dihadapi oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W dengan setinggi-tinggi kesabaran dan ketabahan. Perjuangan Baginda berteraskan bukan sahaja kesungguhan, malah lebih hebat daripada itu ialah keimanan dan ketaqwaan yang padu dan jitu tanpa goyah walau sedikit kepada Allah Ta'ala.
Nabi Muhammad S.A.W bukan sahaja hebat dalam usaha keras Baginda menyebarkan Islam yang Suci malah Baginda jugalah insan hebat yang bertanggungjawab membina nilai akhlak dan etika dalam pelbagai bidang. Daripada hal menguruskan diri sendiri dan keluarga hinggalah kepada perkara-perkara besar seperti pengurusan ekonomi negara dan kaedah-kaedah pentabiran serta etika berpolitik.
Maka tersangat wajarlah andai kata ada orang yang mengklasifikasikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai antara 100 manusia paling berpengaruh dalam sejarah dan dalam 100 itu, Nabi Muhammad S.A.W adalah di tempat pertama. Michael H. Hart dalam bukunya The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History, antara lain menulis sebab-sebab ia meletakkan Nabi Muhammad S.A.W di tangga paling atas.
Sedikit petikan daripada buku Hart adalah seperti berikut:
My choice of Muhammad to lead the list of the world's most influential persons may surprise some readers and may be questioned by others, but he was the only man in history who was supremely successful on both the religious and secular levels...
Muhammad founded and promulgated one of the world's great religions, and became an immensely effective political leader. Today, thirteen centuries after his death, his influence is still powerful and pervasive... Like all religions, Islam exerts an enormous influence upon the lives of its followers.
Walau bagaimanapun, Hart sebagai seorang yang bukan Islam pasti tidak mampu menulis dengan tepat perihal Nabi Muhammad S.A.W apabila Hart menulis seperti berikut "Moreover, he is the author of the Moslem holy scriptures, the Koran". Perkataan "author" menggambarkan yang Al-Quran ditulis oleh Nabi Muhammad S.A.W sedangkan sejarah menukilkan yang Nabi Muhammad S.A.W tidak boleh menulis.
Perkara yang paling penting di sini, kita sebagai umat Islam, umat Nabi Muhammad S.A.W wajarlah lebih mengenali Baginda dan meletakkan Baginda sebagai "role model" paling atas dalam kehidupan seharian kita. Jika Hart meletak Nabi Muhammad S.A.W pada nombor 1 di kalangan manusia paling berpengaruh dalam sejarah, maka kita pula patut meletakkan Nabi Muhammad S.A.W sebagai manusia no 1 dalam hati dan jiwa.
Bersempena Maulidur Rasul ini, marilah kita sama-sama banyakkan selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.
p/s: Setiap daripada kita sudah wajar tahu perihal sejarah Rasullullah S.A.W sedikti sebanyak.
Entri Khas Maulidur Rasul: Pertama Antara 100 Berpengaruh Dalam Sejarah
Reviewed by faizalnizam
on
February 26, 2010
Rating:

Salam Maulidur Rasul.
ReplyDeleteHmmm, kira a good refresher course :)
Baby like entry ayg yg nie!
ReplyDeleteayg siap masukkan org2 juris la;) ekeke
Juah lebih elok sekiranya kite bsama2 meletakkan Rasulullah SAW sbg idola hidup kita daripada meletakkan artis2 sbg 'role model' kita.
Renung2 kan dan slamat beramal!
=)
salam maulidur rasul..semoga ajaran baginda menjadi ikutan kta smua
ReplyDelete@6504013576349279923.0
ReplyDeletebetul B betul.. :) maceh B sebab selalu komen komentar kat sini :D