Mungkin sebahagian daripada saudara-saudari rakan-rakan blogger tidak setuju tetapi keputusan pengadil yang menimbulkan kontroversi merupakan salah satu keunikan bola sepak. Keputusan-keputusan sebeginilah yang akan menimbulkan protes dan rasa tidak puas hati sekaligus menambahkan warna-warni sukan bola sepak tetapi barang harus diingat, disebabkan keputusan-keputusan pengadil yang kontrovesi juga sesuatu pasukan bola sepak itu terpaksa membayar harga yang mahal sebagaimana yang berlaku ke atas England dan Mexico.
Perlawanan German-England menyaksikan England kalah kepada German dengan jumlah jaringan 1-4. Sewaktu kedudukan 2-1, England sepatutnya sudah berjaya menyamakan kedudukan 2-2 tetapi bola rembatan Frank Lampard yang terang-terang sudah melepasi garisan gol tidak disahkan oleh pengadil perlawanan. Memang tidak dinafikan, meskipun gol itu dikira, England tetap akan kalah dengan jumlah jaringan 2-4. Walau bagaimanapun ada rasionalnya jika kita melihat dalam perspektif yang berbeza.
Motivasi pemain-pemain pasukan England mungkin sudah jatuh di saat pengadil perlawanan membatal gol Frank Lampard berkenaan. Bayangkan jika gol itu sah, besar kemungkinan pemain-pemain England akan mendapat kembali rentak permainan dan motivasi mereka. Berkemungkinan juga keputusan akan menjadi sebaliknya jika gol Lampard itu dibenarkan oleh pengadil perlawanan.
Malangnya pengadil memutuskan tiada gol walaupun rakaman semula membuktikan sebaliknya. Akibatnya, pemain-pemain England hilang motivasi dan fokus menyebabkan mereka bolos lagi dua gol untuk membenarkan German layak ke peringkat suku akhir dengan jaringan 4-1. Perkara yang sama juga berlaku dalam perlawanan Argentina-Mexico apabila gol pertama Argentina yang dihasilkan oleh Teves dibenarkan oleh pengadil yang kelihatan sudah dalam posisi offside.
Walaupun begitu, dengan gaya permainan German dan Argentina, mereka memang layak mara ke suku akhir untuk bertemu sesama sendiri. Keputusan kontroversi memang keunikan bola sepak kerana kontroversi mencambahkan emosi dan itulah bola sepak!

"Controversial Decision": Sebuah Keunikan Bola Sepak
Reviewed by faizalnizam
on
June 28, 2010
Rating:
heeee
ReplyDeletekesian england..
off & go home
sy click digi~
ReplyDeletepastuh sy nak kate
go2 german..
tapi tak sokong germany pon..boleyh tark balik ke kalo keputusan mcm tuh??
go2 brazil yuuwww
linesman jauh time tuh.kesian kan england.:)
ReplyDeletemase piala dunia korea/jepun 02..ade satu teknologi yg nk fifa ltk selari dgn line kat gol tu..tp impian sekadar impian hehehe..
ReplyDeleteape2 pun germany mmg power..guten!deutchland
kesian england.. tp xper... xbermakna perjuangan england telah tamat.. kan?? =)
ReplyDeleterecent post :
Germany terbaik
bola itu bulat, apa-apa boleh berlaku..
ReplyDeletetetapi gaya bola sepak German terserlah pada jaringan kedua dan ketiga..England hanya mampu memberi saingan pada 1st half..2nd half semua nak naik jer sampai defense tak ada..apapun German memang layak la menang
sy sokong yg tu..motivation down ble msih ketinggalan...tekanan wt england maen x jdi, defend makin teruk. dan diakui juga..jerman mmg kuat..
ReplyDelete@7744573891064376575.0
ReplyDeleteengland maen okay.. maybe lady luck bukan di pihak dieorang.
@7103127789433277425.0
ReplyDeletegerman play good football.. memang patut menang.. kalau jadi macam tu.. fifa tak boleh tukar keputusan.. tp kalau england bawa ke atas iaitu ke fifa.. fifa mungkin boleh kenakan tindakan terhadap linesman tersebut.
@3274299794359320552.0
ReplyDeletetp rasanya lebih tepat kalau kita kata linesman tak "fully alert" dengan bola tu.. ermmm..
@3924155718798099368.0
ReplyDeletegermany memang power.. fifa rasa mungkin tak perlu teknologi sebegitu kerana mungkin ia akan hilangkan keseronokan sebenar bola sepak..hehehehe
@5278841862769951995.0
ReplyDeleteengland kena improve.. barangkali EURO nanti pentas yang lebih baik untuk England.. hopefully.
@399363665819334075.0
ReplyDeletegerman counter attack memang laju dan tepat. itu memang salah satu faktor kemenangan german. they deserved to be in the quarter.
tabik german.
@5270387124778864740.0
ReplyDeletegerman kuat + england's motivation jatuh
= england di"ayam" kan oleh german 4-1. :D
Keputusan pengadil adalah muktamad. haha.
ReplyDeletep/s: Argentina main kat final..
@2159931741063567944.0
ReplyDeletefor sure bro..gua pun nk tgk Argentina di final sekaligus menjulang WC!