Widget Random Post No.

Penalti Yang Tidak Bererti

Wisel ditiup pengadil sebaik sahaja Vittek menyempurnakan sepakan penalti yang memberikan Slovakia satu gol saguhati untuk dibawa pulang dan untuk diraikan semasa dalam penerbangan pulang nanti. Slovakia tewas kepada Netherlands dengan jaringan 1-2 yang menyaksikan penalti yang yang disempurnakan oleh Vittek secara hakikatnya tidak membawa sebarang erti buat Slovakia.
Perlawanan mungkin berlanjutan ke masa tambahan jika pemjaga gol Slovakia tidak membuat kesilapan yang memberi ruang mudah kepada Kuyt untuk melorongkan bola kepada Sneijder yang dengan tenang menendang bola ke dalam gawang Slovakia walaupun cuba dihalang oleh pertahanan Slovakia tetapi halangan itu sia-sia sahaja.

Walau bagaimanapun Netherlands bermain dengan agak baik dan sudah pasti Netherlands berkira-kira ke final dan menjulang Piala Dunia kerana negara Oren ini belum pernah memenanginya. Dalam satu perlawanan yang lain seperti yang dijangka, Brazil mudah menundukkan Chile 3-0 yang meletakkan mereka di slot suku akhir bertemu dengan Netherlands.

Jadi sekarang kita cuma menunggu dua lagi pasukan untuk mengisi satu lagi slot suku akhir yang melibatkan pertemuan Paraguay - Jepun dan Sepanyol - Portugal. Sebahagian peminat Asia mungkin berharap untuk melihat satu pasukan Asia mara ke suku akhir dan itu tidak lain dan tidak bukan ialah Jepun. Jepun satu-satunya pasukan yang tinggal membawa nama Asia di Piala Dunia 2010, maka Jepun perlu bermain sebaik mungkin untuk mengalahkan Paraguay.

Kita menghampiri suku akhir. Jadi bersedia dengan lebih banyak aksi yang mencemaskan!

Picture's credit: 
http://l.yimg.com/a/p/sp/tools/med/2010/06/ipt/1277741662.gif
Penalti Yang Tidak Bererti Penalti Yang Tidak Bererti Reviewed by faizalnizam on June 29, 2010 Rating: 5

4 comments:

  1. ganbatteh jepun!!!

    haha, pasukan oranje main best, slovakia pun, tapi maybe xde luck la kan..

    gol penalti tu boleh dijadikan kebanggaan la jugak, nanti boleh cerita kat anakcucu yang pernah jaringkan gol lawan holland,

    ReplyDelete
  2. tapi performance van persie merosot..
    hisk..
    chewaahhh..pepandai je nak comment org kan..
    ape2 pon..
    orenje tetap dihati

    ReplyDelete
  3. @6026170457361703903.0

    betul gak tu bro NK.. at least ade stori utk anak cucu..hehehehe

    ReplyDelete
  4. @5369437633731218848.0

    netherlands memang maen sungguh2 sebab nak merasa WC buat pertama kali. :D

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.