Widget Random Post No.

Kalau Kita Rasa Susah . . .

Apabila menulis atau berbicara atau memperkatakan perihal kehidupan, selalunya kita akan bercakap tentang perkara yang sama yang mungkin orang lain pernah bualkan. Maka apa yang akan saudara-saudari baca seterusnya mungkin saudara-saudari sudah pernah baca di medium-medium lain, tetapi apalah salahnya jika kita mengulang ingat perkara-perkara yang baik. Tak gitu?

Sebelum saudara-saudari teruskan membaca, jika saudara-saudari adalah daripada golongan manusia yang tidak pernah berasa susah tentang sesuatu hal maka barangkali entri ini tidak sesuai untuk saudara-saudari baca kerana orang yang tidak pernah berasa susah tidak akan boleh memahami kesusahan orang lain. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.


Saat kita berasa susah sudah pasti kita akan berasa resah-gelisah dan gundah-gelana. Kita akan terfikir mengapa kita perlu menghadapi kesusahan tersebut dan kita akan sering berkira-kira bilakah kesusahan itu akan pergi dari kita. Malah ada segolongan manusia yang hampir putus asa tatkala ditimpa kesusahan. Ingatlah kalau kita rasa susah akan sesuatu perkara ada orang lain yang lebih susah daripada kita.

Hidup dunia memang tidak pernah cukup. Manusia selalu mahu rasa senang, tetapi apalah susah dunia jika dibandingkan susahnya kita di Padang Mahsyar kelak. Oleh hal yang demikian, sedikit kesusahan di dunia kita jadikanlah sebagai sumber untuk makin dekat pada Yang Maha Esa moga-moga di dunia satu lagi kita beroleh kesenangan.

Janganlah gusar oleh susah kita deritai sekarang kerana kesusahan bukan semuanya buruk. Ada kesusahan yang pada masa depan akan membawa kebaikan kepada kita, InsyaAllah. Saya menulis ini lebih kepada untuk memperingatkan diri sendiri di samping berkongsi dengan kawan-kawan yang lain. Janganlah bersedih dan menangis. Janganlah gusar dan resah. Setiap selepas satu kepayahan itu akan datang pula kebaikan.

Ingatlah kalau kita rasa susah, ada orang yang lebih susah daripada kita.
Kalau Kita Rasa Susah . . . Kalau Kita Rasa Susah . . . Reviewed by faizalnizam on June 21, 2010 Rating: 5

24 comments:

  1. hey fyzal :)

    ad dpt practical kat phileo damansara private media company...tak dapt astro :)

    ReplyDelete
  2. hmm.
    yerla.susah2 kite masih ada lagi yg susah
    sebagai manusia
    kena sentiasa bersyukur & beringat

    ReplyDelete
  3. abg eq setuju dgn entry ni...
    kena sentiasa muhasabah diri...

    ReplyDelete
  4. disebalik yang terjadi, ada hikmahnya..thanx for sharing..

    ReplyDelete
  5. btoi2,,sumernyer ad hikmah,,ak cm akn igt bila ditimpa kesedihan,,,Allah pasti menurunkan dugaan yg mn hambanya mampu untuk mengharungi nya..so chayok2

    ReplyDelete
  6. really motivated!

    pss : camne buat newest entry tu? ajar skit ;)

    ReplyDelete
  7. sentiasa bersykur walau dalam susah atau senang:)


    terima kasih sebab sudi dtg belog saya ye.datang le banyak2 kali.heh

    :)

    ReplyDelete
  8. @7160334837931217891.0

    orait AD.. nice. praktikal rajin2 dan rajin2 la balik shah alam yer lepak2 ngan kitaorang.

    ReplyDelete
  9. @5015222477095492442.0

    memang betul tu anisa..ramai lagi orang yg lebih susah daripada kita dan kesusahanlah yang akan menjadikan kita lebih tabah dan waras dalam menjalani kehidupan.

    ReplyDelete
  10. @5724257108001779144.0

    betul abg Eq..
    kalau kita tak muhasabah diri memang kita takkan kemana.

    ReplyDelete
  11. syukur dengan apa yang ada....

    ReplyDelete
  12. @3788599009924233959.0

    yerp iyllienaz.. thats right and you're welcome :)

    ReplyDelete
  13. @3630383978376545086.0

    betol2..Allah takkan membebankan hamba Nya dengan apa yang hamba Nya tak mampu tanggungi.

    ReplyDelete
  14. @9080995682355333292.0

    thanks Joe.. about the newest entry tu nanti aku bgtau kat blog ko Joe.

    ReplyDelete
  15. @5170253613599426540.0

    thanks for coming here too.

    setiap waktu kita mesti bersyukur :)

    ReplyDelete
  16. kena selalu bersyukur dgn hidup kita
    jgn cepat mengeluh kalau ditimpa kesusahan
    =]

    ReplyDelete
  17. @7581137772813252132.0

    betul tu cik panadol..

    ReplyDelete
  18. @8070080145961284074.0

    yerp syahira.. tp ramai yang cepat melatah bila susah sikit.

    ReplyDelete
  19. selalu bengang dekat org amik byk makanan
    tp tak habis.
    membazir je. byk lagi yg susah.

    ReplyDelete
  20. @6666579891974054974.0

    ila.. golongan macam tu patut jgn bagi makan terus.

    ReplyDelete
  21. btl...klu kite rase sush..org laen mgkin lebh sush lgi dri kite..bersyukur lar...

    ReplyDelete
  22. @4918291552410598780.0

    yerp ayunni.. memang benar.. bila syukur nanti akan ditambah nikmat oleh Allah.

    ReplyDelete
  23. yup setuju.. ada lagi yg lebih susah.. so, syukur!
    ALL IN ONE
    redahsini

    ReplyDelete
  24. tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima. semoga kita dirahmatiNya, Aameen...

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.