Sudah agak lama tidak mencoret apatah lagi menconteng di blog. Keterbatasan untuk mengakses Internet menyebabkan blog ini sudah agak lama sepi. Pelawat-pelawat dan pembaca-pembaca pun nampaknya sudah agak jarang-jarang sangat ke mari. Harap-harap "posting" ini menyatakan dengan jelas yang saya belum lagi mahu meninggalkan dunia blog yang sungguh misteri.
Jadi perkara apakah yang menarik sejak kebelakangan ini. Tidak lain dan tidak bukan ialah Piala Dunia 2010. Oh..sebelum terlupa.. saya tidak lagi berniat untuk berblog sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris. Mula saat ini, blog ini akan jadi blog dwi bahasa. Kadang-kadang anda akan ketemu "posting" berbahasa Melayu dan kadang-kadang anda akan membaca tulisan dalam Bahasa Inggeris.
Berbalik kepada perihal Piala Dunia. Nama pun Piala Dunia jadi sudah tentu ia adalah hal dunia. Tidak salah mencari dunia asalkan kita tidak lupa tanggungjawab kepada Tuhan Yang Esa. Apa yang harus anda jangkakan dalam Piala Dunia ialah "hal-hal yang tidak dijangkakan" contohnya kekalahan pasukan pilihan seperti Sepanyol di tangan Switzerland.
Ataupun kemampuan pasukan kerdil seperti Algeria mengekang England daripada menjaringkan sebarang gol. Ataupun kemenangan pasukan Asia seperti Jepun ke atas Cameroon. Ataupun aib ke atas Germany diperlakukan oleh Serbia. Ataupun hatrik pertama Piala Dunia 2010 oleh penyerang Argentina, Gonzalo Higuain seperti dia mengikut jejak langkah Gabriel Batistuta.
Apabila masuk pusingan seterusnya selepas 16 pasukan ditentukan mungkin akan lebih mudah untuk kita mengjangkakan pasukan mana yang akan bertemu di "final". Saya mengjangkakan Argentina mungkin akan bertemu Brazil di "final". Kedua-dua pasukan nampaknya berada pada tahap terbaik kettika ini dan mempunyai peluang cerah untuk melangkah dengan bergaya ke peringkat-peringkat seterusnya.
Bagi Malaysia, Piala Dunia 2010 ini bermakna juga kerana kita ada wakil ke sana. Tak dapat hantar pasukan main World Cup, dapat hantar pengadil pun jadilah. Subkhidin (entah betul entah tidak ejaan nama dia) diberi penghormatan menjadi pembantu pengadil dalam perlawanan pertama membabitkan Afrika Selatan dan Mexico yang berkesudahan 1-1.
Sesuatu yang menarik tentang Mexico dalam Piala Dunia kali ini ialah kelibat penyerang baru Manchester United, Javier Hernandez yang menjaringkan 1 gol semasa pertemuan Mexico-Perancis menyaksikan Mexico menang 2-0 ke atas pasukan Les Blues itu. Perancis nampaknya bukan lagi Perancis semasa 1998 dan 2006 di mana kelibat Zidane telah menjulang Perancis menjadi juara pada 1998 dan menjadi finalis pada 2006.
Zidane mengkritik keras cara kendalian Raymond Domenech yang menyebabkan Perancis sekadar seri dengan Uruguay pada perlawanan pertama dan kalah kepada Mexico pada perlawanan kedua. Perancis mungkin pulang awal ke Paris. Walaupun jika menang pada perlawanan ketiga, peluang Perancis untuk ke peringkat 16 pasukan tetap samar.
Perkara lain yang menarik tentang Piala Dunia 2010 ialah vuvuzela dan bola Jabulani yang dipersoalkan. Vuvuzela sememangnya bunyi yang mengganggu. Penonton Astro pun boleh mendengar bunyi bisisng vuvuzela yang menimbulakan ketidakselesaan. Manakalh Jabulani pula dipersoalkan oleh penjaga gol handalan seperti Casillas dan Buffon. Salah sendiri tak jaga gawang elok-elok, nak salahkan Jabulani pula. :)
Selamat ber Piala Dunia!

Sudah Seketika... Piala Dunia
Reviewed by faizalnizam
on
June 19, 2010
Rating:
huhu.. xbrape nak minat la tgk bola... tapi, kite suke pemain bola nye je.. hehe=)
ReplyDeleteabg eq tak sempat layan bola....busy sana sini situ...
ReplyDeletebace paper je...
fyzal
ReplyDeletelame nye awk tak on9
heeee...
yela2..hero2 & ditarget akan menang tu semua dh tade taring lagi..jgn disangka pasukan yg lemah & bape femes tu tak bole menang...tgok jela skrg niee..hehe.byk perubahan pada fifa kali ni
ReplyDeleteperlawanan england smalam agak bosan kan?
ReplyDelete@1132070801141171571.0
ReplyDeletetakpe umi.. player bola pun dalam ruang lingkup bola sepak jugak :D
@6004166057174510388.0
ReplyDeleteasal tau result and score pun dah cukup abg eq.. kalau nk tgk semua games memang boleh muntah.. hehehehe
@5582817461574404365.0
ReplyDeleteaah.. lama juga tak berblog.. Allah merancang.. kita merancang.. tapi Allah adalah sebaek baek perancang..
england mungkin out awal.. maen tak mantop!
@6497967147198911522.0
ReplyDeletememang tahap bosan tak ingat nya Syahira.. 1st half pun da cukup bosan.
ok..pelik kejap bila baca blog ni dalam bahasa melayu..
ReplyDeletebtw, apa2 pon, still baca your entry..
@4313724851875175930.0
ReplyDeletetakpe.. lepas ni bila dah makin banyak entri berbahasa Melayu.. dah tak pelik dah :)
thanks for keep on reading.
Ala..jgn la guna terma "aib" kat Jerman tu...elok if letak "dijinakkan" or "ditundukkan" baru la cute bunyi nye....ish... :)
ReplyDelete@1221761113159751696.0
ReplyDeletenak buat macam mana afiq.. memang mereka di"aib"kan pun.. hehehehe