Widget Random Post No.

13 Ogos 1961 Berlin Wall | 50 Tahun Telah Berlalu

Jika 31 Ogos adalah detik yang paling diingati dalam sejarah negara kita Malaysia, 13 Ogos pula pastinya detik yang tidak akan dilupakan dalam sejarah negara Jerman kerana pada tarikh hari ini 50 tahun yang lalu sebuah tembok dibina memisahkan Jerman kepada dua bahagian.

Jerman Timur dan Jerman Barat dipisahkan oleh sebuah tembok tidak lain dan tidak bukan - BERLIN WALL. Atas arahan pemimpin komunis Jerman Timu, Walter Ulbrict, tembok itu berfungsi sebagai peringatan fizikal pembahagian dua kuasa utama - USA dan Soviet Union [USSR] yang merupakan bekas sekutu semasa Perang Dunia Kedua.

Sejak pembinaannya pada tahun 1961 hingga kejatuhannya pada 1989, Berlin Wall memisahkan berjuta-juta penduduk Berlin daripada keluarga dan kawan-kawan dan lebih 136 orang terbunuh kerana cuba melepasi tembok itu dari satu bahagian ke bahagian yang satu lagi.

Aku percaya Berlin Wall tidak akan sesekali dilupakan dalam sejarah Jerman tetapi Berlin Wall juga, jika boleh, tidak mahu diingati dalam kenangan-kenangan mereka yang pernah hidup pada waktu. Sebuah pembinaan yang menyebabkan kesusahan, kesedihan, kesengsaraan dan kematian.

Berlin Wall juga, barangkali, simbol kepada pemusnah perpaduan, keharmonian dan kesatuan. Yang mengasingkan, yang memisahkan sekelompok insan daripada sekolompok yang lain. Dan ekonomi adalah salah satu faktor kepada pembinaannya dan segala kesusahan yang diciptanya.

Banyak lagi perkara sebelum semasa dan selepas Berlin Wall yang tidak dapat aku kongsi di sini bimbang kalian bosan membaca cerita-cerita sejarah. Mengapa harus kita bina tembok antara kita apabila kita sebenarnya boleh berusaha mencari jalan untuk menyelesaikan segala masalah secara diplomasi dan sekaligus membina perpaduan dan kesatuan antara kita.

Bersatu kita teguh bercerai kita roboh.

[sumber: dailysoft.com]
[sumber: uk.news.yahoo]
13 Ogos 1961 Berlin Wall | 50 Tahun Telah Berlalu 13 Ogos 1961 Berlin Wall | 50 Tahun Telah Berlalu Reviewed by faizalnizam on August 13, 2011 Rating: 5

8 comments:

  1. ader lg ke berlin wall nieh??

    ReplyDelete
  2. dekat negara maju mcm ni pn ada kesah menyayat hati

    ReplyDelete
  3. ::nana::
    Berlin Wall collapse in 1989. tp kesannya masih ada kalau tak silap.

    ::saiazuan::
    masa tu sebab komunis masih berkuasa.

    ReplyDelete
  4. sungguh besar kesan akibat pembinaan tembok tersebut..
    sekarang dah takde lg..
    semoga negara kita akan sentiasa bersatu padu..

    ReplyDelete
  5. ::anisa::
    selamat ulang tahun untuk ayah awk.

    ::life kami::
    betul tu. insyaAllah, negara kita akan sentiasa bersatu padu.

    ReplyDelete
  6. ade yg siap buat lagu bagai...

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.