Semalam tiada segmen "Hari Ini Dalam Sejarah" sebab sibuk sangat menyiapkan tugasan Undang-Undang Keluarga Sivil. Jadi hari ini lapang sikit, maka mari kita lihat salah satu sejarah negara yang berlaku pada tarikh hari ini 19 September.
19 September 1957
Perjanjian Pertahanan Bersama Tanah Melayu - Britain
Dalam tahun 1957, pada hari ini 19 September, Kertas Putih yang mengandungi Perjanjian Pertahanan antara Britain dengan Kerajaan Persekutuan telah diterbitkan serentak.
Kandungan perjanjian yang mengandungi 12 fasal ini telah mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Undangan setelah dibahaskan selama dua hari. Perjanjian ini telah menggariskan bantuan-bantuan yang akan diberikan oleh pihak kerajaan Britain kepada kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.
Antara kandungannya ialah Britain bersetuju untuk memberi bantuan yang dikehendaki bagi pertahanan luarnya dan membantu serta berusaha untuk memajukan anggota pasukan bersenjata Persekutuan. Berikutan daripada itu juga pihak kerajaan Persekutuan pula, bersetuju untuk memberi kebenaran kepada kerajaan Britain untuk menempatkan tentera darat, laut dan udaranya termasuk tentera khas Komanwel ke negara ini.
Dato’ Abdul Razak Hussein, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan Persekutuan dalam kenyatannya telah menyatakan bahawa perjanjian tersebut adalah mustahak bagi membolehkan kerajaan menumpukan perhatian kepada usaha-usaha memperbaiki keadaan ekonomi dan sosial negara.
Sumber: Arkib Negara Malaysia

Hari Ini Dalam Sejarah: 19 September 1957
Reviewed by faizalnizam
on
September 19, 2010
Rating:
Reviewed by faizalnizam
on
September 19, 2010
Rating:

ohhh nicee one beb. kita hari ini harus bangga dengan apa yang kita ada bukan mengeluh sahaja
ReplyDeleteperjanjian ni masih ada lagi ke bro?
ReplyDelete@1505772800163935604.0
ReplyDeleteyerp.. that right man. agreed.
@3772032995357367875.0
ReplyDeleteaku tak pasti perjanjian dengan Britain ni masih ada atau tak. aku akan buat further reading bro. if anything I let you know.