Memandangkan sudah lama tidak ada entri bahasa Malaysia, maka ini adalah entri berbahasa Malaysia sempena pingat emas ke - 9 Malaysia di Sukan Asian ke 16 Guangzhou. Pingat emas ke - 9 disumbangkan oleh pasukan squash wanita negara.
Malaysia menang dalam perlawanan pertama dan kedua sekaligus melengkapkan sasaran 9 pingat emas. Malah kita mungkin akan melangkaui sasaran jika pasukan squash lelaki dan pasukan hoki lelaki menang hari ini. Dan itu akan menjadikan 11 pingat emas.
Malaysia sememangnya memperbaiki kedudukan pingat jika dibandingkan dengan Sukan Asia Doha 4 tahun yang lalu. 4 tahun lalu Malaysia juga mencapai sasaran yang ditetapkan iaitu 8 pingat emas. Kali ini 9 sasaran pingat emas sudah direalisasikan. Kita harapkan pingat emas yang ke 10 dan 11.
Bila saya baca semula yang telah saya tulis di atas, macam tulis berita sukan dalam Utusan pula rasanya. Ayat dan bahasa nak skema. Memang pernah ada cita-cita nak jadi wartawan sukan takpun pengacara rancangan sukan macam kat Astro Arena atau Sportcenter dalam Bahasa Malaysia.
Jadi kawan - kawan, petang ini kita akan memberikan sokongan kepada pasukan squash lelaki dan pasukan hoki lelaki. Pasukan hoki akan berjuma dengan Pakistan - menang bermakna kita mencipta sejarah dalam sukan hoki negara menewaskan gergasi hoki di final Sukan Asia. (masuk final tu pun dah kira terbaek sebenarnya).
Jom jerit ramai - ramai.

MALAYSIA BOLEH!!
Pingat Emas Ke - 9 Malaysia
Reviewed by faizalnizam
on
November 25, 2010
Rating:
yezaa! haha. tahniah malaysia! gua nak belajar bi ngn lu lah. bley x? keh keh
ReplyDeleteyeayyyy..bestnye fyzal leh tgk..tq share bite hepi ni..tercapai gak sasaran Msia..tgu yg team lelaki n hoki lak..go msia go !
ReplyDeleteMALAYSIA BOLEHHHHHH!!
ReplyDelete*sambil kibar2 bendera. :P
@chentamaya
ReplyDeleteyeah.. tahniah Malaysia! belaja BI? hehehe.. boleh boleh.
@d_La
sharing is caring :) go malaysia go!
@iktiraf
ada 2 bendera dah depan rumah .. hehehe :)
ok apa bahasa skema bro hehe teruskan blogging dgn bahasa yang baik sama ada bi atau bm :)
ReplyDelete@tengkorakemas
ReplyDeletehahaha.. thanks bro.