Widget Random Post No.

PRK Batu Sapi & Galas

Hal-hal politik memang takkan habis. Dua pilihan raya kecil baru sahaja selesai berkesudahan dengan Barisan Nasional menang kedua-dua pilihan raya kecil tersebut. Buat parti yang kalah, mungkin penambahbaikan perlu dilakukan dalam parti.

Manakala buat parti yang menang, ada tanggungjawab besar yang perlu dilaksanakan. BN menang besar di Batu Sapi dengan majoriti 6 ribu lebih. Secara dasarnya, kemenangan di Batu Sapi sudah dijangka sebab itu tempat BN pegang sebelum ini.

Mungkin yang terjadi di galas agak tidak disangka-sangka sebab pada pilihan raya sebelum ini PAS menang dengan majoriti 700 ratus lebih tetapi kali ini BN merampas dengan majoriti 1 ribu lebih dengan 83 peratus keluar mengundi dan cuma 100 lebih undi rosak.

Walau bagaimanapun pilihanraya kecil ini tidak semestinya mencerminkan apa yang akan berlaku pada pilihanraya umum yang akan datang. Politik adalah subjektif. Gelombangnya boleh berubah bila-bila masa sahaja tanpa dijangka.

Buat rakyat Malaysia, kalau kita tak suka politik walau macam mana pun, kita masih ada tanggungjawab untuk memilih pemimpin. Jadi sesiapa yang belum mendaftar, boleh buat secepat mungkin. :)

Selamat berhari Jumaat.
PRK Batu Sapi & Galas PRK Batu Sapi & Galas Reviewed by faizalnizam on November 05, 2010 Rating: 5

No comments:

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.