Widget Random Post No.

Dulu City Sekarang Giliran Liverpool

Sebelum saya meneruskan aktiviti membaca buku dan nota undang-undang untuk peperiksaan petang esok, apakata kita sama-sama raikan sedikit sebanyak kejayaan Liverpool menewaskan Chelsea di Anfield dengan jaringan 2-0. Kedua-dua sumbangan Encik Frenando Torres yang menemui semula sentuhan golnya.

Soalnya sebagai peminat sepanjang zaman Manchester United, apa baiknya kemenangan Liverpool itu?

Sebagai kelab yang berada di tangga kedua sekarang, kekalahan Chelsea telah mengurangkan jurang beza mata antara United dan Chelsea kepada dua mata sahaja. Ini membuka ruang yang lebih luas kepada Red Devils untuk mengejar dan mengalih kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris.

Dua gol sumbangan Fernando Torres pasti membuatkan penyokong-penyokong Liverpool tersenyum malah senyuman itu turut dikongsi oleh penyokong-penyokong United. Kemenangan Liverpool menjadikan Chelsea kalah dua kali setelah kekalahan pertama gara-gara jaringan gol tunggal Carlos Teves.

United walaupun berada di tangga kedua dengan 6 kemenangan dan 5 keputusan seri dan sekadar menang tipis 2-1 ke atas Wolves tetapi masih mengekalkan rekod tanpa kalah di tempat sendiri mahupun di tempat lawan. Sabtu lepas Park Ji Sung menjadi penyelamat United daripada keputusan seri buat kali keenam.

Kembali kepada Liverpool, Chelsea dan Torres. Setelah persembahan hambar buat beberapa ketika, Torres kembali menemui sentuhannya untuk menumbangkan keangkuhan Chelsea di Anfield. Kedua-dua gol Torres wajar disifatkan sebagai "top class" apabila dia meng "ayam" kan Peter Chech tanpa rasa ragu-ragu.

Malah Mr. Terry pun tak boleh buat apa-apa dengan gerakan pantas Torres.

Jadi buat julung-julung kalinya saya memberi kredit kepada kemenangan Liverpool.

GGMU! 
Dulu City Sekarang Giliran Liverpool Dulu City Sekarang Giliran Liverpool Reviewed by faizalnizam on November 08, 2010 Rating: 5

5 comments:

  1. setuju...aku yg penyokong kipas ssh mati ManU pun terjerit2 kat gerai mamak smlm bila torres score..bpak macho la Torres...tgk John Terry,tringat masa ferdinand kena dulu ngan torres..perghh..dia memang the best striker la..

    ReplyDelete
  2. "apabila dia meng "ayam" kan Peter Chech tanpa rasa ragu-ragu."

    haha nice bro :)

    GGMU, hope Man Utd dapat kekalkan prestasi baik bertemu dgn Man City,

    ReplyDelete
  3. cayalah torres!

    nais nais!

    ReplyDelete
  4. kt maktab da kecoh..semua serbu blk TV padahal nk exam add math 2

    ReplyDelete
  5. Great ada lagi penyokong Man Utd di Malaysia yg blog. Hopefully lepas ni Arsenal dan Man Utd pulak ambil giiran hentam Chelsea... Bukan apa tak suka tengok muka si DOGba tu.. :D Btw, good luck with your exam..

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.