Widget Random Post No.

Ada Perjuangan Yang Mesti Diteruskan

Malam - malam sedikit tandus ilham untuk menulis entri, tetapi saya gagahkan juga. Saya ingin berkongsi sedikit kegembiraan bersama-sama rakan-rakan blogger yang lain - iaitu saya berjaya menyambung pelajaran dalam program "professional degree" iaitu Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang / B. (Hons.) of Law / LL.B.

Apa bezanya program ini dengan yang lalu?

Program yang saya baru habiskan baru-baru dikenali sebagai Ijazah Sarjana Muda Pengajian Undang-Undang. Perhatikan adanya perkataan "Pengajian" di situ. Dalam Bahasa Inggerisnya program in dikenali sebagai B. (Hons.) of Legal Studies.

Jadi apa pentingnya LL.B itu?

Pentingnya ialah untuk melayakkan seseorang pelajar undang-undang untuk menjadi "practising lawyer" di kemudian hari atau sebagai Majistret atau Hakim. UiTM mengasingkan kedua-dua program. Maka bagi pelajar yang tidak berniat utk "practice", tiada keperluan baginya untuk menyambung program LL.B.

Syukur dan segala puji yang setinggi-tingginya kepada Allah. Ini surat tawaran yang saya muat turun petang tadi.


Doakan saya mampu menghabiskan program kedua ini dengan lebih cemerlang.
Ada Perjuangan Yang Mesti Diteruskan Ada Perjuangan Yang Mesti Diteruskan Reviewed by faizalnizam on December 17, 2010 Rating: 5

13 comments:

  1. wah, tahniah bro, dah hampir tercapai dah ni nak jadi majistret :D

    ReplyDelete
  2. salam

    alhamdulillah..tahniah diucapkan.. jadi hakim la lepas nie?hehe..bestnya.. :)

    ReplyDelete
  3. @tengkorakemas
    terima kasih bro. harap2 tercapailah cita-cita aku itu. doakan utk aku bro :)

    @amir izzat
    salam bro.

    syukur kepada Allah. terima kasih bro. kalau ada rezeki, begitulah harapnya :)

    ReplyDelete
  4. tahniah

    gambateh o kuddasai to' vier luck

    ReplyDelete
  5. @misshy innz
    thanks a lot :)

    @anisa
    terima kasih banyak2 :)

    ReplyDelete
  6. wah faizal, congratulation ! surprise me ! :)

    ReplyDelete
  7. @azmi
    thanks bro :)

    @ismail N
    thanks bro :)

    @iyllienaz
    thanks ili :)

    @aleeya
    thanks aleeya. did I surprise u? hehehe :)

    ReplyDelete
  8. anis nak comment nie dr semalam lagi
    tapi tak lepas2
    internet "laju" sgt!
    hihi

    cogratzzss!! anis dgr, kursus lanjutan law nie kene masuk court buat kes sume kan??
    yer ke??
    cogrtaz yah!

    ReplyDelete
  9. @anis izyan
    thanks anis. yeas we have to go to court and buat kerja seperti mana lawyer buat kerja.

    pernah dtg main campus shah alam tk anis?

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.