Saya selalu mengingatkan diri saya supaya sentiasa menghormati setiap jenis pekerjaan selagi pekerjaan itu dikelaskan sebagai kerja yang baik-baik.
Saya memang pantang kalau terlihat budak-budak muda yang memperlekehkan makcik-makcik dan pakcik-pakcik cleaner di kompleks-kompleks membeli belah atau di mana-mana sahaja.
Itu sekadar pendahuluan entri ini. Saya amat kagum apabila tengah hari ini membaca tentang pasukan bomba Labuan yang berjaya menyelamatkan harta bernilai RM1.5 bilion.
Tugasan sebagai ahli bomba pasti luar biasa cabarannya. Setiap kerja pun ada cabarannnya yang tersendiri. Tahniah kepada pasukan bomba Labuan. Itu memang satu pencapaian yang luar biasa.

LABUAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan berjaya menyelamatkan harta benda bernilai RM1.5 bilion dalam lebih 200 kes kebakaran yang berlaku di pulau itu setakat ini.
Pengarahnya, Norizan Sulaiman, berkata kebakaran belukar mencatatkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 248 kes manakala 20 kes membabitkan bangunan, kenderaan dan gas petroleum cecair yang membabitkan kerugian RM4.5 juta.
"Bagaimanapun tidak ada kecederaan atau kemalangan jiwa direkodkan dalam semua kes kebakaran itu," katanya.
Beliau berkata, pihak jabatan juga menerima 338 panggilan kecemasan sepanjang tempoh Januari hingga November lepas termasuk 14 kes yang membabitkan kemalangan jalan raya, mencari dan menyelamat (1) bencana alam (22), menangkap ular (50), memusnah serangga (207), menangkap orang tidak siuman (1) dan 22 kes lain.
Selain itu, katanya, pihak jabatan juga menerima 287 panggilan palsu sepanjang tempoh itu.
Dalam perkembangan lain, Norizan berkata pihaknya telah mengadakan kesepakatan dengan syarikat minyak dan gas di pulau itu untuk menubuhkan pasukan Labuan Emergency Mutual Aid (LEMA) bagi menangani sebarang kejadian yang tidak diingini dalam sektor itu terutamanya kebakaran.
Katanya, kini terdapat 159 anggota bomba bertugas di tiga balai di Labuan dan jumlah itu akan ditambah dari semasa ke semasa. - BERNAMA
Berita Harian Online
Tugasan sebagai ahli bomba pasti luar biasa cabarannya. Setiap kerja pun ada cabarannnya yang tersendiri. Tahniah kepada pasukan bomba Labuan. Itu memang satu pencapaian yang luar biasa.
RM1.5 Bilion Dalam 200 Kes Kebakaran
Reviewed by faizalnizam
on
December 18, 2010
Rating:
No comments:
appreciating your feedback and response!