Saya sekadar tengok perlawanan tersebut di tempat kerja saya. Mujur ada TV di cyber cafe ini dan mujur TV1 menyiarkan perlawanan yang hebat tersebut.
Safee Sali hero Malaysia malam ini dengan dua jaringan beliau membolehkan Malaysia ke Vietnam dengan keyakinan kerana berkelebihan 2-0. Keputusan seri 0-0 dalam separuh akhir kedua nanti sudah memadai.
Separuh masa pertama berakhir tanpa sebarang gol tetapi Safee Sali mengubah udara perlawanan dengan tandukan terus ke arah penjaga gol Vietnam dan tampanan tidak kemas penjaga gol Vietnam membolehkan Malaysia mendahului 1-0 pada minit 61.
Ramalan kemenangan Subkhiddin menjadi benar apabila pada minit ke 80 Safee Sali sekali lagi meledakkan gawang Vietnam juga akibat tampanan tidak kemas penjaga gol Vietnam.
Ia memang perlawanan yang hebat walau sekali sekala ada kesilapan yang tidak sepatutnya oleh pemain-pemain negara. Kita harapkan persembahan seperti ini kekal dalam separuh akhir kedua nanti. Dan pasti lebih manis jika AFF Suzuki Cup ke Malaysia untuk edisi 2010.

AFF Suzuki Cup: Keputusan: Malaysia 2 - 0 Vietnam
Reviewed by faizalnizam
on
December 15, 2010
Rating:
Reviewed by faizalnizam
on
December 15, 2010
Rating:

yeayyyyyy!! tahniah MALAYSIA :)
ReplyDeleteterbaik bukan malaysia ^_^
ReplyDeletetunggu away match lak ni..hee~
tahniah malaysia :D
ReplyDeletetahniah malaysia...kan best dapat jerit2 sama2 kat bukit jalil tadi..tp apakan daya...jauh...hahaha
ReplyDeleteTAHNIAH BUAT MALAYSIA...YEHA!!!!!!!!!!!!1
ReplyDelete@hanisah safian
ReplyDeleteyerp.. tahniah utk Skuad Negara
@wan gerrard
mmg terbaek bro. harap2 main away boleh maintain level performance yang sama.
@maira adreanna
tahniah Malaysia! :)
@afendi othman
tu la pasal bro.. siapa2 yang ke Bukit Jalil semalam mmg berbaloi lah,
@azmi
tahniah lagi Malaysia!