Widget Random Post No.

Ahmad dan Kisah Cinta [i]

Sudah lama saya tidak bercerita tentang Ahmad. Kawan-kawan blogger yang pernah membaca entri pasal Ahmad lama dulu, pasti masih ingat akan Ahmad itu. Jika ada kawan-kawan blogger yang belum membaca entri, anda boleh berkenalan sedikit dengan Ahmad di sini.

Sudah agak lama sebenarnya Ahmad tidak menghubungi saya. Tetapi baru-baru ini Ahmad berkongsi sedikit perkembangan yang baik. Saya dah Ahmad bertemu dan layan cendol dekat gerai Makcik Kiah. Katanya dia sudah kurang berfikir soal cinta. Ya, cerita Ahmad adalah cerita tentang cinta.


Segala cerita yang datang daripada Ahmad pasti ada sangkut pautnya dengan hati dan perasaan serta tentang rasa kasih, cinta dan sayang. Itu Ahmad yang saya kenal. Ahmad memang "berhati taman". Dia kerap dalam rasa sentimental dan blues nya.

Saya tidak salahkannya. Ahmad memang begitu. Saya bertanya akan Ahmad jika benar-benar dia sudah dapat menjauhkan diri daripada cinta?

Jawab Ahmad, "Jauh sangat tu tak lah. Baru sikit sikit. Bukan apa, kadang-kadang aku rasa sunyi juga bila tidak berkasih-kasihan ni".

Saya membalas, "Mula-mula memang begitu, nanti kau akan dapat biasakan diri. Fikirkan begini - yang cinta sekadar menyusahkan kau. Kau bukan jenis yang boleh memberi komitmen. Pada akhirnya kau akan melukakkan perasaan perempuan itu".

Ahmad sekadar angguk-angguk kepala tanpa sebarang jawapan balas. Saya rasa macam nak lempang Ahmad. Kerana saya tahu apabila dia pulang nanti, dia masih terfikir-fikir kan hal cinta.

Cerita Ahmad masih panjang. Nanti saya kongsi-kongsikan lagi.
Ahmad dan Kisah Cinta [i] Ahmad dan Kisah Cinta [i] Reviewed by faizalnizam on December 16, 2010 Rating: 5

9 comments:

  1. ahmad...cinta itu bes kalo dua dua pihak tau nak baja kan camna..

    err ahmad tu awak ke?

    lukisan tu awak lukis sendiri ke?

    ReplyDelete
  2. @pinqib
    itu yg terbaik

    @iswatie
    nanti saya bgtau ahmad

    @violetless
    sudah semestinya ahmad tu bukan saya. ahmad kawan saya.

    yerp.. lukisan buruk tu saya lukis sendiri. hehehe.

    ReplyDelete
  3. bro, ko yg conteng tu?haha ada bakat menconteng,

    jom join ni

    http://squeakartasia.blogspot.com/

    dorg ada projek kumpul contengan nak masukkan dalam buku nanti, takde syarat pun bro, conteng2 hantar je hehe

    ok bercakap tentang Ahmad..dia angguk tu saja nak bg sedap hati je kot haha

    ReplyDelete
  4. @tengkorakemas
    thanks for the URL blog bro. menarik betul la benda tu. utk pengetahuan ko, kat atas tu contengan pertama aku yg aku letak kat blog. hahaha.

    aku dah submit satu doodle kat dieorang.

    Ahmad memang camtu.. aku geram je ngan dia. hahaha.

    ReplyDelete
  5. @Fyzal

    laju betul ko submit bro, aku tak submit lagi, nak kena conteng dulu dan scan nanti haha

    Ahmad ni takde blog?confirm pasal cinta je hehe

    ReplyDelete
  6. @tengkorakemas
    semalam tu aku tibai conteng pakai Paint je bro. hahaha. save jadi Jpeg, terus send. tp aku dpt auto reply kata organizer conteng2 away sampai 24 Dec. so lepas 24 Dec, baru die publish contengan2 baru ke FB.

    Ahamd takde blog bro. hahaha. kalau ada mmg cinta memangjang la jawabnya. hehehehe.

    ReplyDelete
  7. ahmad

    gua nak tau sambungan cerita ni

    cepat

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.