Barangkali ada sesetengah manusia yang "gila tidak tentu fasal". Kalau berkhatan pun sesuatu yang boleh menimbulkan ketakutan dan rasa sakit kepada kanak-kanak lelaki, apatah lagi malang yang menimpa budak seperti berita di bawah.
Bapa toreh kemaluan anak
Suspek guna senjata tajam cedera mangsa
SEREMBAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun cedera pada kemaluannya akibat ditoreh dengan senjata tajam oleh bapanya sendiri di rumah mereka di Taman Desa Dahlia, Senawang di sini, Jumaat lalu.
Difahamkan, dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, mangsa yang juga anak sulung tinggal berseorangan bersama suspek kerana ibunya berpantang di kampung di Jempol selepas melahirkan anak ketiga, manakala adiknya pula berada di rumah saudara.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin, berkata perbuatan suspek yang bekerja sebagai tukang kebun itu terbongkar selepas dia menghantar kanak-kanak berkenaan ke rumah saudaranya di sini.
“Dia meninggalkan mangsa di rumah itu sambil meminta saudara terbabit menjaganya dan pada masa sama mengambil adik lelaki mangsa yang berusia setahun di rumah itu dipercayai dibawa ke kampungnya di Kuala Pilah.
“Saudaranya mengesyaki sesuatu tidak kena terhadap mangsa lalu memeriksa seluarnya dan terkejut apabila mendapati kemaluan mangsa luka akibat ditoreh,” katanya di sini, semalam.
Beliau berkata, kanak-kanak malang itu dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban di sini untuk menerima rawatan.
Katanya, adik mangsa pula ditemui ditinggalkan di sebuah surau di Kuala Pilah pada petang hari yang sama, tetapi tidak dicederakan.
Katanya, suspek ditahan di rumah keluarganya di Kuala Pilah dan polis menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
Berita Harian Online
Anak Mangsa Toreh Bapa Sendiri
Reviewed by faizalnizam
on
December 13, 2010
Rating:
sedih weih aku baca
ReplyDeletebaca dia nih sakit mental kut
sanggup buat anak sampai macam tu
Entry Terdahulu
P/S : Download OST Lagu Tema Putera Katak - Ku Gembira
P/S : Download Filem : Estet
P/S : Kenapa Perlu Diadakan Benda Yang Tak Pernah Wujud?
hans
ReplyDeleteaku rasa camtu gak la. ade wire dalam kepala tercabut kot.