Widget Random Post No.

Another Type of Rubik's Cube: Fisher's Rubik's

Hampir empat hari simpan entri ini.

Sudah lama tidak berkongsi hal-hal berkaitan dengan Rubik's. Mungkin tidak ramai pengunjung blog ini yang minat bermain Rubik's tetapi manalah tau jika tiba-tiba hati terbuka untuk cuba mula bermain Rubik's selepas membaca entri-entri yang berkaitan Rubik's di blog saya ini.

Kali ini saya ingin tunjukkan sejenis Rubik's Cube yang dikenali sebagai Fisher's Rubik's. Jika sekali pandang mungkin kita rasa Fisher's Rubik's ini sama seperti Rubik's biasa 3x3x3.


Tetapi sebenarnya tidak. Perhatikan gambar-gambar di bawah.

Di sebelah kanan ialah Fisher's Rubik's. Jika anda perhatikan dengan teliti, "middle layer" Fisher's Rubik's lebih tebal sedikit daripada "top layer" dan "bottom layer" nya.


Jika kita perhatikan pula dari bahagian permukaan yang lain, akan lebih ketara perbezaan antara "Standard Rubik's 3x3x3" dan Fisher's Rubik's.


Perbezaan akan lebih ketara apabila kita "mengharu birukan" kedua-dua Rubik's ini.


Fisher's Rubik's bukan sahaja mengalami perubahan kedudukan warna malah mengalami perubahan bentuk. Kaedah menyelesaikan Fisher's Rubik's menggunakan cara yang hampir sama dengan Rubik's biasa 3x3x3. Walau bagaimanapun saya masih mengalami masalah untuk menyelesaikan "layer" terakhir Fisher's Rubik's.

Jika anda rakan-rakan blogger yang berminat untuk mula cuba bermain Rubik's, mulakan dengan Standard Rubik's 3x3x3. Boleh rujuk blog bro Tengkorak Emas kerana beliau ada menyediakan tutorial Rubik's Cube dalam bahasa Melayu.

p/s: Saya boleh selesaikan Rubik's tetapi nak mengajar orang melalui tutorial memang tiada kecekapan.    
Another Type of Rubik's Cube: Fisher's Rubik's Another Type of Rubik's Cube: Fisher's Rubik's Reviewed by faizalnizam on December 13, 2010 Rating: 5

6 comments:

  1. hweee~ i minat men rubik nie..
    mule2 mmg frust lah sbb xreti..
    tp bile anggap 1 cbarani.. 2 yg usha lbih..
    last2 bOleh.. hafal step jer.. huhu..

    ReplyDelete
  2. bro, aku tak pernah main lagi yg ni,

    ko ada ke?

    ReplyDelete
  3. bro, lupa lak, Spurs seri dgn Chelsea..gomes save penalty Drogba XD

    ReplyDelete
  4. yg pastinyer klu men benda alah nih.. gerenti kena campak.. sakit hati sbb x reti nak susun kaler2 dia.. haish.. huhuhu

    ReplyDelete
  5. dla suke gak main rubik's cube ni..tp yg 3x3 jer terai..yg pelik2 tu x pnh terai..hehe..

    ReplyDelete
  6. @cik diana
    that's good. jarang jumpa girl yg main Rubiks ni.

    @tengkorakemas
    aku ada sebijik. bro kena try ni.. konsep sama tp mencabar sebab center dia ada yang 2 colors.

    yeah.. aku suka tgk gomes save penalti drogba.. hahaha

    @manjaixora
    hehehe.. mula-mula mmg camtu. tp kalau dh boleh main sikit2, akan rasa interesting nye benda ni.

    @d_La
    kalau boleh main 3x3x3 tu pun dah ok dLa. yg pelik tu kat kedai pun jarang boleh jumpa. tp kalau jumoa, beli and try. :)

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.