Pemusnah The Gunners
Perlawanan yang sangat penting awal pagi merupakan milik Manchester United. Walaupun Wayne Rooney tidak berjaya menjaringkan penalti tetapi gol jaringan Park Ji Sung sebelum masa rehat sudah cukup untuk meletakkan United kembali di tangga teratas liga.
United hanya melakukan satu gantian dengan mengeluarkan Anderson dan memasukkan Ryan Giggs malah United bermain cukup bersih kerana tiada seorang pun pemain United dilayangkan kad kuning.
Di pihak Arsenal, tiga gantian yang dilakukan menggambarkan keadaan terdesak Arsenal untuk mencari sekurang - kurangnya gol penyamaan. Tetapi semua usaha dinafikan oleh barisan pertahanan United. Empat orang pemain Arsenal dilayangkan kad kuning - permainan kasar bukan caranya memperoleh kemenangan.
Park Ji Sung adalah hero United awal pagi tadi dengan gol kemenangannya tetapi "man of the match" adalah milik Nemanja Vidic kerana pertahanannya yang kukuh mengekang serangan-serangan Arsenal.
Itu memang perlawanan yang menakjubkan kerana kemenangan amat penting buat United. Walaupun baru bermain 16 perlawanan berbanding Arsenal yang telah bermain 17 perlawanan, United di atas dengan kelebihan 2 mata.
Nampaknya perlawanan dengan Blackpool yang tertangguh belum diberi tarikh baru. Walaupun begitu misi yang lebih penting ialah pertemuan dengan Chelsea 19 Disember nanti.
Satu gol sudah memadai. Itu yang diperlukan!
Arsenal Pulang Ke Emirates Tangan Kosong!
Reviewed by faizalnizam
on
December 14, 2010
Rating:
Reviewed by faizalnizam
on
December 14, 2010
Rating:

sian arsenal... huhu
ReplyDeletedamn.
ReplyDeletetapi arsenal main memang teruk.
and pitch macam teruk jugak kan?
brape kali player both team jatuh.
@cik diana
ReplyDeleteinilah bola sepak cik diana. hehehehe.
@i'msosupernotcool
arsenal main okey sebenarnya bro tp defence united pagi td lain mcm sikit.
pitch teruk sikit. maybe kesan cuaca buruk kat England kot. aku pun tak sure.
hehe Vidic bro..memang mantap defence..cuma aku betul2 harap Rooney score..mungkin harinya ketika menentang Chelsea nanti kot..
ReplyDeleteNani..aku agak geram juga sebab kalau dia tak guna skill yg sama mungkin boleh score or pass pada Rooney..
apa2 pun GGMU!
@tengkorakemas
ReplyDeletedefense marvelous semalam bro. hahaha. sayangnya penalti tk masuk. kalau tak boleh 2-0.
lawan chelsea kena improve lagi ni.