Widget Random Post No.

Bahang Final AFF Suzuki Cup Makin Terasa

Kurang daripada 12 jam, final pertama AFF Suzuki Cup akan bermula bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil. Walaupun ada yang tidak kisah dengan perlawanan final ini tetapi saya yakin stadium tetap penuh malam ini dan penyokong-penyokong yang menonton di rumah juga akan menonton siaran langsung dan memberi sokongan kepada pasukan Kebangsaan.

Pasukan kita menunjukkan peningkatan dan saya yakin peningkatan itu boleh jadi berpunca daripada kritikan-kritikan yang dilemparkan terhadap pasukan Kebangsaan.

Kritikan-kritikan daripada pemerhati dan peminat bola sepak tempatan bukan semuanya bermaksud untuk "condemn" pasukan Kebangsaan kita tetapi supaya mereka buka mata betapa masih banyak yang perlu diusahakan supaya bola sepak Malaysia kembali ke tahap yang lebih memberangsangkan.

Walau apapun, kita berharap pasukan Kebangsaan akan menunjukkan kualiti permainan yang lebih baik dan semangat juang yang paling tinggi. Lawan habis-habisan dengan strategi dan taktik yang telah dirancang beserta semangat patriotism yang kuat tersemat di jiwa.

Malam ini bermain di tempat sendiri, pasukan Kebangsaan wajar memanfaatkan segala kelebihan yang ada. Buktikan kita kebal di tempat sendiri, buktikan kita tidak boleh dipermainkan di tanah sendiri, buktikan kita kental apabila berpijak di bumi sendiri.

Sayang kepada negara itu ada bermacam rupa dan salah satunya melalui sukan. Kemenangan memang sesuatu yang manis tetapi jika kalah dengan bermaruah pun, kita tetap bangga dengan pasukan Kebangsaan. Walaupun begitu kita tetap harapkan pasukan Kebangsaan menang bermain sebagai tuan rumah. 
Bahang Final AFF Suzuki Cup Makin Terasa Bahang Final AFF Suzuki Cup Makin Terasa Reviewed by faizalnizam on December 26, 2010 Rating: 5

5 comments:

  1. bola ke?xpernah tgok sbb xpndai nak tgok cmne..hehe

    ReplyDelete
  2. kami pun semangat nak tgk bola mlm ni..
    minta2 lah menang ye tak..
    baru le maruah bola sepak kita lebih disegani..:)

    ReplyDelete
  3. @nurayunni
    yerp cik ayunni. bola sepak. apakata malam ni cik ayunni try tgk :)

    @life kami
    majoriti rakyat Malaysia mesti bersemangat tunggu perlawanan malam ni. insyaAllah, pasukan Kebangsaan kita boleh menang :)

    ReplyDelete
  4. @ismail N
    memang hot bro. sokong pasukan Kebangsaan walau apa pun terjadi! :D

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.