Barangkali memang "mind set" orang-orang muda mahu bekerja di bandar-bandar besar atau di ibu negeri. Ini saya simpulkan berdasarkan berita yang saya baca tentang doktor muda yang sering mengelakkan diri daripada dihantar ke kawasan pedalaman.
Yang saya simpulkan mungkin tidak seratus peratus benar kerana saya masih yakin dan percaya ada golongan muda yang bersedia menyumbangkan kepakaran, kebijaksanaan dan tenaga di kawasan-kawasa luar bandar dan pedalaman.
Saya memang tidak suka kawasan sesak-sesak, terlalu banyak kenderaan, terlalu banyak asap, lampu isyarat yang merata-rata dan merahnya terlalu lama manakala hijaunya sekejap sahaja.
Saya secara peribadi tidak kisah jika kawasan itu tiada kompleks membeli belah yang besar-besar, tiada restoran makanan segera dan bangunan pencakar langit.
Selagi ada "coverage handphone" dan "internet service", itu sudah memadai pada saya. Saya pasti ada orang-orang muda di luar sana yang berkongsi pandangan yang sama seperti saya bahawa hidup di luar bandar bukanlah sesuatu yang terlalu teruk.
Jika anda punya pandangan tentang isu doktor muda yang tidak mahu dihantar ke pedalaman, kongsikan di ruang komen. Nanti pasti ada kebaikannya untuk kita semua.
KUALA LUMPUR: Kebanyakan doktor muda diketahui sering mengelak daripada bertugas di hospital di luar Lembah Klang atau ibu negeri, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.
Mengambil perhatian bahawa trend masa kini yang cenderung untuk bertugas di bandar-bandar besar, beliau berkata, doktor-doktor muda sememangnya diketahui akan merayu jika dihantar bertugas di luar bandar-bandar besar.
Dengan sikap seperti ini, beliau berkata, mustahil untuk menyediakan perkhidmatan perubatan yang saksama kepada penduduk Malaysia.
Berita penuh di sini.
Yang saya simpulkan mungkin tidak seratus peratus benar kerana saya masih yakin dan percaya ada golongan muda yang bersedia menyumbangkan kepakaran, kebijaksanaan dan tenaga di kawasan-kawasa luar bandar dan pedalaman.
Saya memang tidak suka kawasan sesak-sesak, terlalu banyak kenderaan, terlalu banyak asap, lampu isyarat yang merata-rata dan merahnya terlalu lama manakala hijaunya sekejap sahaja.
Saya secara peribadi tidak kisah jika kawasan itu tiada kompleks membeli belah yang besar-besar, tiada restoran makanan segera dan bangunan pencakar langit.
Selagi ada "coverage handphone" dan "internet service", itu sudah memadai pada saya. Saya pasti ada orang-orang muda di luar sana yang berkongsi pandangan yang sama seperti saya bahawa hidup di luar bandar bukanlah sesuatu yang terlalu teruk.
Jika anda punya pandangan tentang isu doktor muda yang tidak mahu dihantar ke pedalaman, kongsikan di ruang komen. Nanti pasti ada kebaikannya untuk kita semua.
Doktor Muda Tidak Mahu Bertugas Di Pedalaman
Reviewed by faizalnizam
on
December 20, 2010
Rating:
government ni kalau hantar pendalaman, mmg pendalaman habis die anta..doctor mungkin sgt memerlukan stress reducer. sebab oncall memanjang. so, entertaiment pun boleh jd factor jgk nape they tends to choose urban area..as long as ade shopping complex, cinema, ok kot ;p
ReplyDeleteapa yg perlu disemat dalam hati.. dimana bumi dipijak,disitu langit dijunjung... eh..salah kot
ReplyDelete"kat mana2 mesti ada rezeki dari Allah.."
hehe..
entah ar..xberani nak komen.ini bukan komen. ini ..ini...taip.
oh ya. Pandangan.
Apabila anda ingin menjadi doktor. apa niat anda? untuk membantu orang kan? atau sesaje je nak dapat gaji mahal? niat tu penting..
ok..itu saja pandangan dari Prof. Amir Izzat. haha..
betul2, mesti ada jugak doktor2 yang berhati mulia sanggup kerja dekat kawasan pedalaman sbb nak berkhidmat demi negare ^_^
ReplyDeletetapikan,kalo pg pedalaman,,tak bnyak kess..
ReplyDeletekurang pengalaman banding dekat bndar..
@iamordinarygirl
ReplyDeletehurmm... saya terlepas pandang aspek tu. betul tu. doktor, kerja mmg stress. tp kalau doktor muda-muda, saya rasa kena cuba cari cara lain tangani stress :)
menikmati pemandangan sawah padi mungkin. hehehe..
@amir izzat
pandang Prof memang ada benarnya. niat mesti benar. kerja doktor ni berurusan dengan manusia. kasihan org2 di kawasan pedalaman jika tiada doktor yang sanggup berkhidmat memberi bantuan di tempat mereka.
@sarah
ya.. saya yakin bukan semua doktor tidak mahu bertugas di kawasan pedalaman tp mungkin bilangannya kurang.
@anis izyan
itu pun satu lagi saya terlepas pandang. soal pengalaman. betul kata cik anis kalau di pedalaman kurang pengalaman kerana kurang kes. tp mungkin pengalaman cara lain yang bakal doktor muda kutip kerana hidup di pedalaman sudah pasti tidak sama dengan di bandar. kes mungkin kurang, tp org di kwsn pedalaman perlukan perhatian perubatan dan kesihatan juga :)
p/s: nanti cik anis kerja di luar bandar ye. seronok sebenarnya kerja luar bandar ni :)
rata2 nya sebab mindset diorg, kerja kat bandar, gaji besar. satu lagi, mungkin sebab kemudahan luar bandar yg kurang. jadi kerajaan kena lah pandai mengubah persepsi diorg ni, mungkin blh tambah fasiliti ke, ataupun beri insentif tambahan untuk galakkan diorg ni kerja di luar bandar.
ReplyDelete*rasanya guru2 yg baru juga kurang gemar ditempatkan di kawasan luar bandar, mungkin segelintir
yups
ReplyDeleteso di sini kerajaan kena menaik taraf la kawasan2 pedalaman kan
aku pun sama
janji ada internet service dan coverage yang baik
itu memadai
P/S : The Winner Of Survivor Nicaragua - Jud Fabio Birza
agaknya macam tu la...semua taknak keje kat pedalaman...cikgu pun macam tu jugak..keje lawyer je tak de pedalaman sgt..betul tak bro???hehehe...
ReplyDelete@affan ruslan
ReplyDeleteitu aku setuju bro. kerajaan perlu lakukan sesuatu di kawasan luar bandar supaya doktor2 muda bersemangat nak berkhidmat di sana. biasala, jiwa muda kan memberontak sikit :)
@hans
kita satu kapal bro.. ade dua benda tu setel kan? hahahaha
@azmi
hahaha.. keje lawyer ade gak luar bandar tp kalau kampung sgt, memang tak jumpa la lawyer area tu. tu la pasal bro.. cikgu pun kurang minat nak ke pedalaman.. sesuatu perlu dilakukan oleh kerajaan.
kalau nak ikutkan~ kerje luar bndar lagi untung,,dpt elaun lebih..gaji tggi..tapi tuh laa..bg anis, anis nak pngalaman..bukan duit...tp betul jugak~ org kawasan pedalamn juga perlukan perhatian untuk dpatkan rawatan kan~ kesimpulanya..
ReplyDeletedimana kita ditempatkan, disitulah kita cuba berjasa...rezeki Allah bagi di mana-mana..ilmu juga timba dimana-mana.
hendak dan tidak hendak diri je kan~
huuhu
aku rasa takde masalah sgt kalau bertugas di pedalaman, mcm ko cakap bro, tak sesak, tak perlu risau waktu puncak, dan aku rasa perbelanjaan pun tak tinggi sgt..yela, tak berdepan dgn jem atau godaan pusat membeli belah dan hiburan..
ReplyDeleteer..tapi kalau ada kedai dvd tergoda gakla XD
@anis izyan
ReplyDeletebersemangat cik anis kita ni. so nanti cik anis berbakti di luar bandar ye. macam tmpt saya ni kira luar bandar. hehehe :)
@tengkorakemas
hahaha.. kedai dvd ok lagi bro.. at least kalau boring2, ada gak movie nak dilayan kat rumah..
aku memang tak suka jem bro.. aku suka jalan yg lengang je.. hehehehe.
sori sy baru tgk blog sini...tgh mencari artikel untuk doktor muda d pendalaman...terlepas tengok
ReplyDeletesaya merupakan doktor berusia 29 tahun berasal dr semenanjung bertugas d kaw luar bandar sabah...205 km dr KK..128 km dr sandakan,tiada bank...tiada broadband,tiada streamyx,dan tiada rumah sewa
bukan mahu cakap gila duit tp itu perlu
d bandar
gaji pokok campur segala elaun 4000++
+locum hosp 80/hour x 5 jam x 5 slot 2000
onkol hosp atleast 1500++
atleast dkat 7000++
d luar bandar
duduk d kuarters
-930 elaun wilayah
tiada locum d klinik kesihatan dan tiada GP
onkol pasif shj(coz klinik kesihatan)50/hour
tiada elaun pedalaman-alasan masih dihubungi jalan bertar(kemudahan??)
bulanan-atleast 4000++
nmpak beza??
doktor pun manusia kadang jealous melihat pendapatan dr d bandar...walaupun degree sama sj MMbs/md...harap insentif itu benar
sabahbulihbah
@Dr.Anonymous
ReplyDeleteterima kasih doktor. doktor telah membuka perspektif saya. nmpknya memang byk kurangnya bertugas di pedalaman.
saya hanya boleh katakan. harap doktor bersabar. mungkin kelak doktor akan beroleh kebaikan yang tidak disangka-sangka atas pengorbanan doktor itu.
saya tidak akan kata saya faham situasi doktor kerana doktor yg mengalaminya, maka doktor lebih tau perit pedihnya.
tp saya doakan doktor akan tabah dan dengan izin Allah, pasti doktor akan mendapat sesuatu yang luar biasa nanti. teruskan berkhidmat dengan pengorbanan yg ikhlas.
all the best utk doktor :)