Widget Random Post No.

Hari Ini Dalam Sejarah: 20 Disember 1963

Semalam kepenatan dan tidak sempat meletak entri Hari Ini Dalam Sejarah. Bermakna terlepas pula edisi 19 Disember. Jadi kita teruskan dengan edisi 20 Disember.

Pendidikan. Siapalah di dunia ini yang boleh menolak betapa pentingnya pendidikan. Pendidikan akan mengubah kehidupan seorang manusia. Pendidikan. dalam sebuah negara, perlu dikendali dengan baik supaya agihan peluang mendapat pendidikan itu adil sifatnya.

20 Disember 1963
Persidangan Pelajaran Malaysia Yang Pertama

Pada hari ini 20 Disember 1963, satu persidangan yang membincangkan soal-soal dasar pelajaran dan penyelidikan di Malaysia telah berlangsung di Kuala Lumpur.



Persidangan ini dihadiri oleh institusi-institusi pelajaran dan pendidikan serta guru-guru dari seluruh negara. Di antara kertas kerja yang dibentangkan di dalam persidangan ini ialah "Peranan Badan-badan Pelajaran dan Penyelidikan serta Guru-guru bagi Kemajuan Pelajaran dan Pendidikan di Malaysia".

Kertas kerja ini ditulis oleh Kesatuan Guru-guru Bahasa Kebangsaan Persekutuan. Persidangan tersebut bersetuju menerima kertas kerja ini dan menambah beberapa syor lagi.

Di antara syor-syor itu ialah sebuah Majlis Pelajaran dan Pendidikan hendaklah dibentuk di peringkat Persekutuan. Majlis tersebut dianggotai oleh badan-badan atau pertubuhan-pertubuhan yang berkaitan dengan pelajaran dan pendidikan serta tidak berbau politik.

Majlis ini boleh dihubungi oleh orang ramai dan kerajaan di samping bertindak sebagai sebuah badan perunding. Persidangan berlangsung selama empat hari. Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak ketika berucap di majlis penutup menegaskan mustahaknya diwujudkan satu sistem pelajaran yang tunggal di Malaysia.

Menurut beliau, pandangan perlulah diperolehi sebelum sistem itu dilaksanakan dan sistem pelajaran yang ada sekarang hendaklah dikaji semula.Tun Abdul Razak menyatakan bahawa kerajaan akan mengambil perhatian penuh terhadap rumusan-rumusan Persidangan Pelajaran Malaysia yang dianggap sungguh mustahak dan berfaedah.

Sumber: Arkib Negara Malaysia
Hari Ini Dalam Sejarah: 20 Disember 1963 Hari Ini Dalam Sejarah: 20 Disember 1963 Reviewed by faizalnizam on December 20, 2010 Rating: 5

3 comments:

  1. best gak baca sejarah ni sekali sekala ;)

    ReplyDelete
  2. :) ilmu&pengetahuan memang amat penting. kalau xde ilmu, xde pengetahuan..mundurlah..setiap perkara yang kita nak buat sume kena gunakan ilmu..

    ReplyDelete
  3. @cik shabah
    sejarah seronok sebenarnya.. cuma kalau di sekolah tu mungkin kaedah pengajaran kena diubah supaya jadi lebih interesting.

    @sya syazana
    betul tu. segala-galanya mesti ada ilmu.

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.