Semalam tengok perlawanan Tottenham Hotspur lawan Chelsea memang puas hati. Tambah-tambah lagi apabila menyaksikan Gomes menampan keluar sepakan penalti Drogba. Gomes menebus kesilapannya yang memberi gol penyamaan buat Chelsea.
Tottenham Hotspur memang luar biasa apabila bermain di tempat sendiri. White Hart Lane bukan Chelsea yang punya. Maka mencuri satu mata sudah cukup buat Chelsea sebenarnya untuk pulang tanpa kehampaan.
Keputusan seri buat Chelsea memang yang ditunggu-tunggu terutamanya buat penyokong-penyokong Machester United kerana itu akan mengurangkan defisit mata antara kedua-dua pasukan.
Jaringan Roman Pavlyuchenko pada minit ke-15 saya sifatkan sesuatu yang luar biasa. Saya menyangkan Petr Cech sebenarnya mampu menolak bola itu keluar tetapi sebaliknya yang berlaku.
Tottenham Hotspur sebenarnya sudah berasa bahang kemenangan ke atas Chelsea tetapi kesilapan Gomes pada minit ke-70 memberikan gol penyamaan kepada Chelsea.
Penalti dalam masa tambahan memang memeritkan tetapi Gomes menafikannya dengan tampanan hebat menyebabkan perlawanan berakhir dengan keputusan 1-1.
Manakala dalam perlawanan lain pula, Wolverhampton Wanderers mengalahkan Birmingham dengan jaringan 1-0 dan Bolton Wanderers menewaskan Blackburn ROvers 2-1.

Gomes Penyelamat Di White Hart Lane
Reviewed by faizalnizam
on
December 13, 2010
Rating:
Reviewed by faizalnizam
on
December 13, 2010
Rating:

bro, awal pagi ni Man U vs Arsenal kan?tak sabar aku..penentuan kepada prestasi Man U menentang Chelsea di Stamford Bridge nanti..
ReplyDelete@tengkorakemas
ReplyDeletemoh kita tengok bro. jgn lupa set alarm. hahahaha.