Segmen yang sudah lama saya tinggalkan dan kini saya rasakan segmen ini perlu kembali semula kerana sejarah adalah salah satu cara kita mengenal jadi diri dan pemangkin dalam kita melakukan perubahan demi menghadapi masa hadapan.
Maka berikut adalah salah satu peristiwa penting dalam sejarah negara kita tanggal 1 Disember.
1 Disember 1957
Penubuhan Arkib Negara Malaysia
Dalam tahun 1957, tanggal 1 Disember Pejabat Rekod Awam telah ditubuhkan dengan rasminya. Penubuhan ini adalah hasil daripada Laporan Jawatankuasa Mengenai Pemeliharaan dan Pemusnahan Rekod Rasmi dan syor yang dikemukakan oleh seorang Pakar Arkib dari Public Record Office, London.
Pada peringkat awal penubuhan peranan dan tanggungjawabnya terhad kepada pengurusan fail-fail rasmi kerajaan. Mulai tahun 1963, nama Pejabat Rekod telah ditukar kepada Arkib Negara iaitu selaras dengan penggunaan nama tersebut di peringkat antarabangsa.
Pada tahun 1966, Akta Arkib Negara 44/1966 telah diluluskan oleh Parlimen bagi meluaskan peranan dan tanggungjawab Arkib Negara iaitu mengumpul, memelihara dan membolehkan rekod-rekod awam yang terdapat dalam simpanannya dirujuk oleh orang ramai.
Seawal penubuhannya Arkib Negara telah diletakkan di bawah tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri dan memulakan operasinya bertempat di Dewan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, kemudiannya berpindah ke Jalan Raja dan seterusnya ke Bangunan Persekutuan, Petaling Jaya, pada tahun 1961.
Pada 1 Disember 1982, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-7 telah merasmikan bangunan baru Arkib Negara yang terletak di Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Sumber: Arkib Negara Malaysia

Hari Ini Dalam Sejarah: 1 Disember 1957
Reviewed by faizalnizam
on
December 01, 2010
Rating:
Terima Kasih Atas Perkongsian Ini :)
ReplyDeletehttp://profhariz.com
@hariz
ReplyDeletemy pleasure bro for sharing this info. :)
wohoo..dah start balik, takpe bro, sebelum ni ko sibuk exam..
ReplyDeletepernah pergi ke Arkib Negara ni bro?boleh ke aku cari bingkisan surat khabar tahun 2002?
@tengkorakemas
ReplyDeleteaku belum berkesempatan lagi ke Arkib Negara. niat di hato memang nak pergi sgt. kalau nk pinjam, aku rasa kita boleh tanya. supposedly boleh pinjam la.