Widget Random Post No.

Hari Ini Dalam Sejarah: 1 Disember 1957

Segmen yang sudah lama saya tinggalkan dan kini saya rasakan segmen ini perlu kembali semula kerana sejarah adalah salah satu cara kita mengenal jadi diri dan pemangkin dalam kita melakukan perubahan demi menghadapi masa hadapan.

Maka berikut adalah salah satu peristiwa penting dalam sejarah negara kita tanggal 1 Disember. 

1 Disember 1957 
Penubuhan Arkib Negara Malaysia

Dalam tahun 1957, tanggal 1 Disember Pejabat Rekod  Awam  telah ditubuhkan  dengan rasminya.  Penubuhan ini  adalah  hasil daripada Laporan  Jawatankuasa  Mengenai Pemeliharaan  dan  Pemusnahan Rekod  Rasmi dan  syor  yang dikemukakan  oleh seorang  Pakar Arkib dari  Public  Record  Office, London. 

Pada  peringkat awal penubuhan peranan dan  tanggungjawabnya  terhad  kepada  pengurusan  fail-fail  rasmi  kerajaan.   Mulai  tahun  1963,  nama  Pejabat  Rekod  telah  ditukar  kepada  Arkib  Negara  iaitu  selaras  dengan  penggunaan  nama  tersebut  di  peringkat  antarabangsa.  

Pada  tahun  1966,  Akta  Arkib  Negara  44/1966  telah  diluluskan oleh  Parlimen  bagi  meluaskan  peranan  dan  tanggungjawab  Arkib  Negara  iaitu  mengumpul,  memelihara  dan  membolehkan  rekod-rekod  awam  yang  terdapat  dalam  simpanannya  dirujuk  oleh  orang  ramai.  

Seawal  penubuhannya  Arkib  Negara  telah  diletakkan  di bawah  tanggungjawab  Jabatan  Perdana  Menteri  dan  memulakan  operasinya  bertempat di  Dewan  Tuanku  Abdul  Rahman,  Kuala Lumpur,  kemudiannya berpindah  ke  Jalan Raja  dan  seterusnya  ke  Bangunan  Persekutuan,  Petaling  Jaya,  pada  tahun 1961.

Pada  1 Disember  1982,  DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-7 telah  merasmikan  bangunan baru  Arkib  Negara  yang  terletak  di  Jalan  Duta,  Kuala  Lumpur.

Sumber: Arkib Negara Malaysia
Hari Ini Dalam Sejarah: 1 Disember 1957 Hari Ini Dalam Sejarah: 1 Disember 1957 Reviewed by faizalnizam on December 01, 2010 Rating: 5

4 comments:

  1. Terima Kasih Atas Perkongsian Ini :)

    http://profhariz.com

    ReplyDelete
  2. @hariz
    my pleasure bro for sharing this info. :)

    ReplyDelete
  3. wohoo..dah start balik, takpe bro, sebelum ni ko sibuk exam..

    pernah pergi ke Arkib Negara ni bro?boleh ke aku cari bingkisan surat khabar tahun 2002?

    ReplyDelete
  4. @tengkorakemas
    aku belum berkesempatan lagi ke Arkib Negara. niat di hato memang nak pergi sgt. kalau nk pinjam, aku rasa kita boleh tanya. supposedly boleh pinjam la.

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.