Widget Random Post No.

Hari Ini Dalam Sejarah: 12 Disember 1966

Segmen Hari Ini Dalam Sejarah kembali seperti biasa. Hari media sudah banyak berubah. Blog sudah menjadi media yang lebih diminati golongan muda. Blog sebagai media alternatif. Blog sebagai media yang sedang meningkat naik.

Tetapi segmen Hari Ini Dalam Sejarah edisi 12 Disember bukan berkenaan dengan blog tetapi sedikit maklumat tentang permulaan bangunan pusat penyiaran. Teruskan membaca.

12 Disember 1966
Perletakan Batu Asas Bangunan Pusat Penyiaran

Pada 12 Disember tahun 1966, Perdana Menteri, YTM Tunku Abdul Rahman Putra, telah meletakkan batu asas Bangunan Pusat Penyiaran di atas Bukit Putra di Lebuhraya Persekutuan. Bangunan Pusat Penyiaran yang dianggarkan berharga $35 juta ringgit ini adalah idea Yang Mulia Tunku, Semasa beliau menjadi Menteri Penerangan dan Penyiaran.


Apabila siap kelak, ia akan merupakan bangunan penyiaran yang tercantik dan terbesar di Asia Tenggara. Ia akan dilengkapi dengan kemudahan penyiaran TV dan radio yang moden. Di samping itu juga, akan mempunyai sebuah auditorium yang boleh memuatkan seramai 1000 orang penonton.

Bangunan Pusat Penyiaran yang dibina oleh sebuah firma Kanada N. J. Pappas & Associates itu mula dibina pada bulan Disember 1964. Walaubagaimanapun, bangunan pentadbiran setinggi 11 tingkat dan bangunan TV sedang dalam binaan dan akan mula digunakan pada bulan Jun berikutnya.

YAM Tunku telah menerangkan tentang kemungkinan kerajaan melonggarkan kawalan untuk membenarkan pihak swasta menyiarkan siaran radio dan TV. Melalui cara ini, kerajaan dapat memungut kembali wang yang telah dibelanjakan untuk menjalankan perkhidmatan TV dan Radio.

Sesungguhnya perletakan batu asas bangunan pusat penyiaran pada hari ini dalam tahun 1966, menunjukkan bahawa kerajaan mengambil berat tentang peranan yang dimainkan oleh media massa terutamanya media elektronik, dalam pembangunan negara.

Sumber: Arkib Negara Malaysia
Hari Ini Dalam Sejarah: 12 Disember 1966 Hari Ini Dalam Sejarah: 12 Disember 1966 Reviewed by faizalnizam on December 12, 2010 Rating: 5

3 comments:

  1. rajin buat entri macam nih! tahniah! hoho :D

    ReplyDelete
  2. @sop
    thanks bro.

    @hanisah safian
    terima kasih. one of my interest :)

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.