Saya akan masih terus melakukan perkongsian ilmu sejarah melalui Segmen Hari Ini Dalam Sejarah. Walaupun ramai berpandangan sejarah sesuatu yang membosankan tetapi saya percaya masih percaya ada blogger-blogger yang berminat dengan pengetahun sejarah.
Maka mari saya kongsikan salah satu peristiwa yang bersejarah dalam Malaysia berlaku pada tanggal 13 Disember.Sebagai belia, peristiwa ini mungkin sangat berkait rapat dengan kita.
13 Disember 1985
Dasar Belia Negara Diumumkan
Pada hari ini 13 Disember 1985, Dasar Belia Negara yang matlamat akhirnya membina belia untuk kesejahteraan negara diumumkan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Dr. Sulaiman Haji Daud.
Dasar Belia Negara telah dirancang sejak 13 tahun lalu. Ianya telah menjadi kenyataan bila mana Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan Kerjasama Kementerian yang lain, Majlis Belia Malaysia, Majlis Perpaduan Belia Negara dan Institusi-institusi Pengajian Tinggi serta orang-orang perseorangan berganding tenaga dan fikiran menggubal dasar yang penting ini.
Dasar Belia ini diwujudkan atas kesedaran bahawa 47% penduduk negara adalah terdiri daripada golongan belia. Dengan jumlah mereka yang ramai ini Kerajaan menyedari para belia boleh menjadi 'force' yang penting dan sumber utama tenaga dan 'asset' yang penting dalam pembangunan negara.
Dalam dasar ini dinyatakan pembangunan belia hendaklah berasaskan prinsip-prinsip berikut:-
1. Mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara.
2. Mempunyai Semangat Perpaduan dan kesukarelaan dan mengamalkan prinsip autonomi.
3. Mempunyai sifat-sifat kepimpinan yang matang dan bertanggungjawab
4. Menggalakkan penyertaan dalam proses perancangan negara.
5. Mempunyai moral yang tinggi dan sikap yang mementingkan kesihatan dan kecergasan diri.
6. Mempunyai taraf keilmuan yang luas dan mendalam.
Datuk Dr. Sulaiman Daud di dalam kenyataannya melahirkan harapan agar Dasar ini dapat membentuk generasi belia yang sempurna, terancang dan bersatu padu.
Juga diharapkan Dasar Belia Negara yang diumumkan pada hari ini dalam tahun 1985 menjadi garis panduan yang seragam dan menyeluruh untuk Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan juga pertubuhan belia yang lain dalam mengadakan programnya bagi matlamat pembangunan belia dan cita-cita negara.
Sumber: Arkib Negara Malaysia

Hari Ini Dalam Sejarah: 13 Disember 1985
Reviewed by faizalnizam
on
December 13, 2010
Rating:
Reviewed by faizalnizam
on
December 13, 2010
Rating:

No comments:
appreciating your feedback and response!