Widget Random Post No.

Hari Ini Dalam Sejarah: 14 Disember 1989

Saya yakin kebanyakan daripada kita memakai jam tangan. Saya juga yakin kebanyakan daripada kita memakai jam tangan keluaran luar negara yang mahal-mahal dan bergaya.

Tetapi tahukan anda tentang jam tangan pertama buatan Malaysia? Teruskan membaca dengan semangat "Beli Barang Buatan Malaysia".

14 Disember 1989
Pelancaran Jam Tangan Pertama Buatan Malaysia "HIPP" oleh Precima Sdn. Bhd.


Pada hari ini 14 Disember dalam tahun 1989, Majlis Pelancaran Jam Tangan Pertama buatan Malaysia di bawah jenama `HIPP’ telah dirasmikan oleh Menteri Perdagangan dan Perindustrian, Y.B. Datuk Sri Rafidah Aziz.

Perusahaan jam tangan tersebut telah dijalankan oleh Syarikat Precima Sdn. Bhd. iaitu sebuah Syarikat Swiss yang  terlibat dalam pembuatan komponen jam di negara  sejak 15 tahun yang lalu.

Menurut Pengarah Urusan Precima Sdn. Bhd, Mr. Rolf Schnyder  menyatakan bahawa koleksi pertama jam tangan tersebut di bawah jenama `HIPP’ diberi tema Tahun Melawat Malaysia 1990, dengan tujuan membantu memperkenalkan Malaysia di kalangan para pelancong.

Menurut beliau, terdapat 10 corak permukaan bagi jam-jam tangan Tahun Melawat Malaysia, yang dijual dengan harga runcit di antara RM 70 hingga RM 80. Di antaranya ialah gambar bendera Malaysia, bangunan Sultan Abdul Samad, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan hidupan liar Malaysia.

Sesungguhnya, Majlis Pelancaran jam tangan buatan Malaysia yang pertama telah menjulangkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa dalam bidang sains dan teknologi.

Sumber: Arkib Negara Malaysia
Hari Ini Dalam Sejarah: 14 Disember 1989 Hari Ini Dalam Sejarah: 14 Disember 1989 Reviewed by faizalnizam on December 14, 2010 Rating: 5

7 comments:

  1. @tengkorakemas
    aku pun tak pasi bro samada wujud atau tak lagi jam tu. later aku kena buat research lagi :)

    aku pun usha web Arkib tadi baru tau pasal jam ni. hehehe.

    ReplyDelete
  2. HPP?? takpenah dengar pon.

    thanx btw! :)

    ReplyDelete
  3. @Fyzal

    orait bro, he pasal formula yg ko tanya tu aku ada yg soft copy, tapi kena cube baru dapat test ok ke tak, link video pun aku dah jumpa yg bagus

    bro, ni ada shop jual protein, mcm menarik je aku tgk, saja nk bgtau ko

    http://www.solenazz.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. @anis izyan
    taktau la sekarang ada lagi ke tak jam ni cik anis.

    @hanisah
    saya pun tak pernah dgr. masa buat entri ni baru tau.

    @tengkorakemas
    bro. nt aku emel ko untuk softcopy 4x4x4 ok. and thanks for the prorein blog tu bro.

    ReplyDelete
  5. @Fyzal

    bro, 4x4x4 link video je ada,

    http://www.youtube.com/watch?v=5o8Vdn0LeGo

    kalau 5x5x5 ada yg soft copy format pdf

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.