Apabila saya membacanya, saya memutuskan bahawa peristiwa yang berlaku pada hari ini 2 Disember tahun 1952 merupakan satu detik penting dalam sejarah tanah air kita. Hal ini mungkin tiada tercatit dalam buku - buku sejarah sekolah menengah.
Mengapa saya katakan penting. Kerana ekonomi adalah salah satu faktor penting kekuatan sesebuah bangsa selain penguasaan dalam bidang politik.
2 Disember 1952
Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Istimewa Iktisad Melayu
Pada hari ini dalam tahun 1952, Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Istimewa Iktisad Melayu yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Perak Datuk Panglima Bukit Gantang, telah diadakan di Kuala Lumpur.
Tujuan pembentukan jawatankuasa tersebut adalah untuk menyiasat tentang kelemahan orang-orang Melayu di bidang ekonomi. Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu, Jeneral Sir Gerald Templer, telah melantik ahli-ahli Jawatankuasa Istimewa Iktisad Melayu untuk mengkaji ekonomi orang-orang Melayu.
Jawatankuasa tersebut yang dipengerusikan oleh Datuk Panglima Bukit Gantang dianggotai oleh tujuh orang ahli jawatankuasa. Antaranya ialah Ungku Abdul Aziz, Datuk Thuraisangam, Tengku Yaakob, Datuk Mahmud bin Mat dan Datuk Onn Jaafar.
Datuk Panglima Bukit Gantang telah membuat kenyataan akhbar meminta dan merayu pakar-pakar ekonomi supaya memberikan cadangan, syor dan pandangan mereka kepada jawatankuasa tersebut. Cadangan tersebut adalah berkaitan perkara orang-orang Melayu yang tidak berpeluang melibatkan diri sepenuhnya dalam lapangan ekonomi dan perniagaan.
Sesungguhnya, mesyuarat tersebut telah memberi peluang kepada orang Melayu untuk memberi cadangan di samping meninggikan iktisad orang-orang Melayu bagi mewujudkan bangsa Tanah Melayu yang bersatu.
Sumber: Arkib Negara Malaysia

Hari Ini Dalam Sejarah: 2 Disember 1952
Reviewed by faizalnizam
on
December 02, 2010
Rating:
ohhh mcm itu ker?? dah lama x baca buku sejarah....dulu dapat A..kalu skrg habis melingkup la...
ReplyDeletesalam kenal yer.....i dah letak ur blog dlm my blog list....so follow me jugak yer
aku suka sejarah
ReplyDeletejadi entry macam nih memang aku suka
nice
thanks buat entry nih
bertambah ilmu aku
P/S : Baru Cadang Nak Jadikan Wayang Tu Macam Rumah Sendiri Tadi
wahh,, ada segmen sejarahh.. bagus3
ReplyDeleteKita dan BABI!
Kek seterobery pun SODAP!
@iswatie
ReplyDelete:) takpe.. dtg sini lagi so boleh baca sedikit sebanyak pasal sejarah lagi.
@hans
kalau nak baca byk lagi bro.. buleh click je kat label Hari Ini Dalam Sejarah tu.
no prob. i'm gald to share such stuff.
@pinqib
yerp.. start balik ni.. dah lama tinggal.. hehehe.