Widget Random Post No.

Hari Ini Dalam Sejarah : 22 Disember 1967

Semalam sekali lagi saya terlepas meletakkan entri segmen Hari Ini Dalam Sejarah. Maka sebelum tiba lewat petang dan saya terlupa sekali lagi. Eloklah kita imbau sejarah bagi edisi 22 Disember.

Satu perkara yang menarik apabila menuntut di UiTM ialah saya berpeluang berkenalan dan berkawan dengan sahabat-sahabat dari Sabah dan Sarawak. Serius saya katakan, hal-hal Sabah dan Sarawak mengujakan saya. Dan ia sesuatu yang hebat sebenarnya Sabah dan Sarawak adalah sebahagian daripada Malaysia.

Edisi hari ini khas untuk orang-orang Sabah sekalian. Dan saya baru tau sebelum Kota Kinabalu, ada beberapa tempat lain pernah menjadi ibi negeri Sabah. Dan asal nama Kota Kinabalu bukanlah Kota Kinabalu.

22 Disember 1967
Nama Ibu Negeri Sabah Ditukar Daripada Jesselton Kepada Kota Kinabalu

Pada hari ini 22 Disember 1967, nama ibu kota negeri Sabah telah ditukar daripada Jesselton kepada Kota Kinabalu. Kota Kinabalu terletak di pantai Singgah Mata di Teluk Sepanggar.

Nama baru itu mengambil ilham dari mercu tanda negeri Sabah, iaitu Gunung Kinabalu, gunung yang tertinggi di Malaysia dan di Asia Tenggara.

Sebelum pekan di pantai Singgah Mata itu dijadikan pusat pentadbiran dan ibu kota negeri Sabah, beberapa tempat pernah menjadi ibu kota Kompeni Berpiagam.

Ibu kota yang pertama ialah Kudat terletak di timur laut negeri itu dari tahun 1881 hingga 1883. Pada tahun 1884 ibu kota itu telah dipindahkan ke Sandakan yang terletak di sebelah timur. Sandakan telah memainkan peranan sebagai bandar utama hingga tahun 1947.

Kemudian pada tahun 1947, ibu kota Sabah telah berpindah lagi iaitu ke Pantai Singgah Mata. Bagaimanapun, sebelum itu sebuah pekan telah wujud di situ apabila pekan Pulau Gaya dimusnahkan oleh Mat Salleh pada tahun 1897.

Seorang pegawai Inggeris bernama Charles Jessel telah memilih satu kawasan di Pantai Singgah Mata, sebagai tapak pekan baru itu pada tahun 1899. Oleh kerana terdapat banyak pokok api-api di pekan itu, lalu pekan itu, di dipanggil Api-api.

Tetapi beberapa tahun kemudian Api-api ditukar kepada Jessel Town yang disebut Jesselton sahaja. Pada hari   ini dalam tahun 1967, nama Jesselton ditukar menjadi Kota Kinabalu, dan sehingga kini Kota Kinabalu kekal sebagai ibu kota bagi negeri Sabah.

Sumber: Arkib Negara Malaysia
Hari Ini Dalam Sejarah : 22 Disember 1967 Hari Ini Dalam Sejarah : 22 Disember 1967 Reviewed by faizalnizam on December 22, 2010 Rating: 5

9 comments:

  1. nice info :) eh eh tak lama lagi nak masuk belajar dah kan, uitm mana tu?

    ReplyDelete
  2. yg pasal nama api-api, jessel town n kota kinabalu tu sejarah tingkatan 2 kot..ingt lagi.. :)

    ReplyDelete
  3. @ain zulaikha
    yerp... early jan will further study.. kat uitm shah alam je :)

    @shafiqa
    my form 2 was in 2000. 10 years ago, so I cant recall.. hehehe. so i posted it here when i found it in Arkib web :)

    tp nama jesselton tu cam cool gak.

    ReplyDelete
  4. thanks bro, for this info :) aku yg dok berjiran dgn Sabah pun tak tau hehe (tapi masa tu kecil kagi XD)

    ReplyDelete
  5. aduss mengimbau kenangan time study sejarah dulu2..subject susah tu..huhu..

    ReplyDelete
  6. @tengkorakemas
    welcome bro. no prob. aku pun baru tau pasal jesselton tu. aku tak berpeluang lagi jejak sabah sarawak. entah bila dpt pun aku tatau. hehehe.

    @afraliza
    memang susah sejarah ni sebab cara mengajar tak interesting.. tp memang kenangan kan? :)

    ReplyDelete
  7. thanks weih
    aku suka sejarah2 nih
    dan suka baca entry ni
    thanks again 4 the sharing
    P/S : Saya Nak Minta Tolong! Anak Saya Ada Penyakit Jantung Berlubang!

    ReplyDelete
  8. @hans
    no problem bro. glad to share a good thing :)

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.