Widget Random Post No.

Kerana Kita Berbeza Maka Elok Kiranya Kita Berkongsi

Kita selalu dengar di mana-mana tentang kepentingan ilmu pengetahuan. Saya sebenarnya suka mahu belajar sesuatu perkara yang di luar "major" pembelajaran saya. Sebagai pelajar undang-undang, itu tidak menjadikan saya "maths-hater" atau "science-hater".

Kerana setiap bidang ada kepentingannya kepada manusia sejagat. Saya tidak gemar dengan idea "berlegar dalam kelompok kamu sahaja". Maksudnya, jika "major" kamu Matematik, maka kamu hanya peduli hal-hal Matematik. Itu sekadar contoh.

Kalaupun kamu pakar dalam bidang Astronomi, kamu kena juga ambil tahu-tahu hal ehwal bidang-bidang lain. Bidang-bidang lain juga adalah ilmu pengetahuan. Saya seronok jika dapat berkawan dengan pelbagai orang yang datang daripada pelbagai latar belakang pendidikan.


Dalam dunia blogging ini, saya berbesar hati dapat kenal dengan blogger-blogger yang datang daripada pelbagai latar belakang pendidikan. Mereka semua cekap dalam bidang mereka dan saya yakin mereka juga berminat dengan bidang yang lain.

Saya kadang-kadang terfikir alangkah baiknya jika saya boleh menguasai pelbagai ilmu. Pasti sesuatu yang menakjubkan untuk belajar pelbagai perkara yang berbeza dan dalam pada masa yang sama dapat mengenal dan memahami hebatnya ciptaan Yang Maha Esa dengan lebih dekat.

Kongsi-kongsi kan ilmu yang kalian anda. Ilmu-ilmu baik yang dapat memberi manfaat kepada individu, agama, bangsa dan negara. Pasti ada kebaikannya untuk kita semua kelak.
Kerana Kita Berbeza Maka Elok Kiranya Kita Berkongsi Kerana Kita Berbeza Maka Elok Kiranya Kita Berkongsi Reviewed by faizalnizam on December 22, 2010 Rating: 5

6 comments:

  1. Ditto. Sharing is the way to go. Kadang-kala terasa nak buat posting yang bertujuan SEO iaitu dapatkan keyword yg popular tetapi in the long run tak berapa baik sbb kita tak contribute something to the society. Takkan nak tunggu jadi YB baru bantu masy kot? :D

    So, buat masa ni sharing thru blog is one way to do it. At least, that's what I see.

    ReplyDelete
  2. salam..
    sesungguhnya ilmuwan islam seperti ibnu sina, bukan sahaja menguasai bidang perubatan..malah bidang seperti astronomi, matematik dan sains. beliau dan ramai lagik merupakan sarjana islam yang perlu kita contohi. kita berkongsi ilmu untuk kepentingan sejagat. saya juga ingin mengembangkan potensi diri, dan pesakit saya banyak mengajar saya utk kita perbaiki diri kita. ilmu Allah tu terlalu luas. sebab tu kita perlu berkongsi ilmu sebab takkan larat nak mencari ilmu sorang2 kan?

    ReplyDelete
  3. memang kne bergaul dengan semua orang.. kena kongsi jugak..kalau dapat banyak ilmu kan lagi bagus...

    ReplyDelete
  4. @ismail N
    itu aku setuju bro. blogging is not only about SEO and traffic and money. Yes of course, they are part of the blogging world. but good information and useful knowledge are far more important.

    @dr. rodzila
    yer dr. ibnu sina memang manusia luar biasa. beliau salah seorang "role model" terbaik. saya juga belajar ilmu-ilmu lain drpd bloggers :)

    @ain atika
    that's the thing. bila bergaul dengan macam2 orang, ada ruang untuk kita dpt ilmu-ilmu yang di luar "major" kita.

    ReplyDelete
  5. bro, memang best bila dapat kuasai pelbagai jenis ilmu dan sampaikannya,

    so bro, aku ada baca entri menarik di blog cik Jo Qusary (lectrer law yg pernah practice dan ko panggil bro :D)

    http://citerjo.blogspot.com/2010/12/sains-vs-tuhan.html

    secara kebetulan entri sebegini keluar di saat kita terfikir bagaimana nak counter :D

    ReplyDelete
  6. @tengkorakemas
    betul bro. masyuk kalau dpt kuasai pelbagai ilmu :)

    aku dah baca entri cik Jo. aku serius ingat beliau ialah lelaki. hadoiyaaa.. hahaha

    kena bookmark entri tu. dan aku rasa elok kalau republish di blog blog lain.

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.