Widget Random Post No.

Hari Ini Dalam Sejarah: 24 Disember 1945

Saya percaya sejarah tentang Malayan Union bukan sesuatu yang asing pada kita melainkan kepada mereka yang "total ignorant" terhadap sejarah tanah air.

Terdapat banyak penentangan terhadap Malayan Union dan segmen Hari Ini Dalam Sejarah edisi 24 Disember mengimbau salah satu  penentangan tersebut.

24 Disember 1945
Penentangan Kesatuan Melayu Pulau Pinang Terhadap Malayan Union

Pada hari ini 24 Disember dalam tahun 1945, Kesatuan Melayu Pulau Pinang telah mengadakan mesyuarat, bertujuan untuk menyatakan pendirian menentang cadangan Malayan Union.

Mesyuarat tersebut telah diadakan di Madrasah Mashhurul Islamiyah, Pulau Pinang. Ia telah dipengerusikan oleh Naib Yang Di Pertua Kesatuan itu, iaitu Tuan Haji Ahmad bin Haji Yunus dan telah dihadiri oleh beberapa ahli Jawatankuasa Kesatuan serta ahli-ahlinya.

Dalam mesyuarat tersebut, ahli-ahli Kesatuan Melayu Pulau Pinang telah sebulat suara menolak cadangan British untuk mewujudkan Malayan Union.

Faktor penolakan tersebut disebabkan oleh pemberian taraf kerakyatan yang sama rata kepada semua bangsa oleh Malayan Union. Cadangan tersebut sekaligus akan menghapuskan hak keistimewaan orang-orang Melayu.

Namun begitu, cadangan untuk mewujudkan Kesatuan Negeri-negeri Melayu (United Malay States) yang memberi makna kepada hak bagi orang-orang Melayu tidak mendapat bangkangan.

Berikutan daripada pendirian Kesatuan Melayu Pulau Pinang itu, tentangan terhadap Malayan Union telah bertambah sebagaimana Kesatuan Melayu di negeri-negeri lain menentang Malayan Union.

Sumber: Arkib Negara Malaysia

p/s: Saya bercadang mengadakan "contest" pertama saya dan "contest" yang diniatkan itu berkait dengan segmen Hari Ini Dalam Sejarah.

Jika kawan-kawan blogger ada pandangan samada "contest" itu wajar atau tidak, tinggalkan pendapat di ruangan komen seperti biasa :) 
Hari Ini Dalam Sejarah: 24 Disember 1945 Hari Ini Dalam Sejarah: 24 Disember 1945 Reviewed by faizalnizam on December 24, 2010 Rating: 5

2 comments:

  1. pergh..boleh selak balik entri2 sebelum ni, ok gak tu bro, kalau ada masa aku join :D

    ReplyDelete
  2. @tengkorakemas
    aku nk try buat contest yang mudah2 je bro. supaya senang org nk buat entri :)

    bro.. kalau ada idea, share kat twitter orait?

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.