Sejak akhir-akhir ini saya sering terbaca entri-entri yang berbicara soal kebebasan. Dan entri-entri itu menghujahkan kebebasan itu bersifat mutlak atau total - tiada bersempadan dan tiada kengkangan.
Saya tidak pasti jika itu adalah entri ditulis oleh golongan "freethinker". Tidak kisahlah siapa yang menulis tetapi idea kebebasan total adalah idea yang sangat bahaya terutama terhadap golongan muda di Malaysia ini.
Saya ingin memetik tulisan Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah dalam entri di blog beliau yang bertajuk "Tidak ada kebebasan mutlak di dunia ini" ::
Barat tidak akan berhenti meracuni pemikiran dan jiwa kita, dan salah satunya dengan menyebarkan fahaman kebebasan mutlak ini. Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah dalam entri yang sama juga menulis ::
Bayangkan sahabat-sahabat jika kebebasan itu mutlak, seorang pembunuh akan berhujah, "Aku boleh membunuh kerana aku punya hak kebebasan mutlak untuk melakukau apa sahaja". Soalnya bagaimana pula hak yang dibunuh?
Jika kita berdiri atas "kebebasan mutlak", kita sebenarnya menjahanamkan diri kita sendiri, agama, bangsa dan negara kita. "Kebebasan mutlak" secara tidak langsung bermaksud melakukan sesuka hati tanpa mempedulikan orang lain.
Soalnya, sukakah kita jika orang melakukan sesuka hati terhadap kita, keluarga kita dan harta kita atas fahaman kebebasan mutlak?
Sumber:
1. Blog Ridhuan Tee: Tidak ada kebebasan mutlak di dunia ini

Janganlah kita terkeliru dengan kebebasan yang ditaja oleh barat. Barat mencanangkan kebebasan bahawa setiap individu boleh melakukan apa saja menurut kehendak hati dan nafsu walaupun ia bercanggah dengan kehendak agama dan bertentangan nilai kemanusiaan yang luhur. Misalnya, perkahwinan sesama jantina. Hari ini mereka mula sedar, bahawa kebebasan mutlak telah menjahanamkan mereka. Malah bekas Presiden Amerika, George Bush menyeru barat supaya kembali kepada Kristianiti. Hak asasi manusia yang bercanggah dengan agama hendaklah ditinggalkan. Apa yang amat memelikkan adalah, di kala barat sudah menyedari dan mengakui akan kesilapan dan keruntuhan mereka, kenapa kita pulak yang berada di timur ini sibuk membincangkan kekebasan mutlak yang telah menjahanamkan barat?
Barat tidak akan berhenti meracuni pemikiran dan jiwa kita, dan salah satunya dengan menyebarkan fahaman kebebasan mutlak ini. Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah dalam entri yang sama juga menulis ::
Kebebasan mutlak sebenarnya tidak wujud dalam masyarakat bertamadun kerana masyarakat bertamadun ialah masyarakat yang dikawal oleh sistem, peraturan dan undang-undang.
Bayangkan sahabat-sahabat jika kebebasan itu mutlak, seorang pembunuh akan berhujah, "Aku boleh membunuh kerana aku punya hak kebebasan mutlak untuk melakukau apa sahaja". Soalnya bagaimana pula hak yang dibunuh?
Jika kita berdiri atas "kebebasan mutlak", kita sebenarnya menjahanamkan diri kita sendiri, agama, bangsa dan negara kita. "Kebebasan mutlak" secara tidak langsung bermaksud melakukan sesuka hati tanpa mempedulikan orang lain.
Soalnya, sukakah kita jika orang melakukan sesuka hati terhadap kita, keluarga kita dan harta kita atas fahaman kebebasan mutlak?
Sumber:
1. Blog Ridhuan Tee: Tidak ada kebebasan mutlak di dunia ini
Jangan Diracuni Oleh Idea "Kebebasan Mutlak"
Reviewed by faizalnizam
on
December 24, 2010
Rating:
Salam. ....sehinggalah muncul gay yang kata "saya gay, saya ok!" ,kan?
ReplyDeleteEntah la. Kebebesan mutlak..kerajaan kena kekang.. dengan kenakan ISA.kan? kalau berlaku kt negara kita lah. bahaya woo.
bebas bebas juga tapi ikut agama lah kan..
erm...nak bebas sgt nanti dlaam syurga nanti buatlah apa yg kita nak...
ReplyDeletesoal kebebasan mutlak yg dibangkitkan sesetengah org ni sering berkait dgn soal tiada paksaan dlm agama..
ReplyDeletesedangkan ayat 'tiada paksaan dalam agama' tu ditujukan kepada yg bukan Islam..dan bg org Islam, wajib mematuhi segala perintah dan jauhi laranganNya..dan tidak boleh murtad dgn sesuka hati atas alasan kebebasan beragama..
incik fyzal~
ReplyDeletelogic tak kalo anis nak kate yang zaman kite sedang seperti zaman jahiliyah dulu???
Bila seseorang ditegur kerana memperjuangkan konsep kebebasan tanpa mutlak, dia memberi alasan bahawa dia sedang memperjuangkan haknya mengikut fahaman demokrasi. Tetapi dia lupa bahawa demokrasi tanpa sistem dan batasan adalah sama seperti menafikan haknya sebagai manusia berakal untuk menggunakan kewarasan dan pertimbangan dalam kehidupannya.
ReplyDelete@amir izzat
ReplyDeleteisu gay tu pun bro.. byk golongan liberalist dan secularist yg mati2 mempertahankan hak golongan gay kononnya.
yg sedihnya.. golongan yang mempertahankan tu daripada nama mereka, kita boleh tau mereka tu Islam.
ISA pun sering diperdebatkan. tp secara kasar nya aku katakan ISA masih perlu demi mengekalkan keamanan Malaysia.
aku yakin, akan ada org argue yang ISA itu "unconstitutional". kita boleh google je isu ISA dan hak kebebasan ni.
moga-moga Allah lindungi kita drpd agenda2 jahat yg mahu merosakkan Islam
@azmi
Amin.. sama-sama kita berdoa kepada Allah.
@tengkorakemas
benar bro. itu memang selalu jadi asas kepada penghujahan mereka. ketidakfahaman menyeluruh atas ayat al-Quran menyebabkan berlakunya tafsiran yang salah.
@anis izyan
jika kita lihat dr satu perspektif anis, mmg benar, zaman kita ini sudah umpama zaman jahiliah.
jika zaman jahiliah org tanam anak perempuan hidup2. zaman kita ni tak kira baby laki ke perempuan ke habis kena campak merata-rata.
@jo qusary
ReplyDeletekewarasan dan pertimbangan itu sebenarnya refleksi kepada apa itu kebebasan. tidak keterlaluan untuk mengatakan kebebasan mutlak umpama orang yang hilang kewarasan dan pertimbangan.
di dunia serba maju ni kalau terlalu bebas mmg tak jadi manusia le..
ReplyDeletekebebasan mutlak harus dikawal untuk menjamin kehidupan sosial supaya tidak menjadi lebih teruk..
@life kami
ReplyDeletesebab dunia maju ni la bro, org dok laung kebebasan mutlak. benda paling bahaya terhadapt masyarakat timur kita.