Widget Random Post No.

Hari Ini Dalam Sejarah: 27 Disember 1969

Seperti biasa, segmen Hari Ini Dalam Sejarah kembali lagi bagi edisi 27 Disember. Untuk edisi bulan Disember ini ada beberapa hari yang saya tertinggal, tidak menyiarkan segmen Hari Ini Dalam Sejarah atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Sekadar untuk makluman, saya berniat untuk mengadakan satu kontes yang berkait dengan segmen Hari Ini Dalam Sejarah yang saya siarkan hampir setiap hari. Kontes ini mungkin akan diadakan bermula pertengahan atau hujung Januari 2011 nanti. Saya belum menetapkan tarikhnya. Boleh jadi akan bermula awal Januari.

Maka bolehlah sahabat-sahabat sekalian selak-selak entri lama saya yang berlabel Hari Ini Dalam Sejarah. Tumpukan pada edisi Disember 2010 sahaja.

Jadi kita terus imbau salah satu peristiwa sejarah yang berlaku pada 27 Disember. Guru dan pendidikan jika dipisahkan, umpama memisahkan irama dengan lagu.

27 Disember 1969
Konvensyen Guru-Guru Asia Yang Pertama

Persidangan dan seminar memainkan peranan yang penting dalam usaha mengeratkan perhubungan di antara satu sama lain, bertukar-tukar pandangan dan idea serta dapat mencetus pemikiran baru.

Bagi tujuan di atas, pada 27 Disember 1969 satu Konvensyen Guru-guru Asia Yang Pertama telah diadakan di Kuala Lumpur. Persidangan dihadiri oleh 21 buah negara Asia dan Pasifik dan juga pemerhati daripada Kanada dan Amerika Syarikat.


Persidangan ini telah dirasmikan oleh Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia, turut hadir di majlis ini Menteri Pelajaran Datuk Abdul Rahman Yaakob, Menteri Perdagangan dan Perindustrian Encik Khir Johari.

Konvensyen 5 hari ini bertujuan mengeratkan lagi perhubungan di antara guru-guru Asia, mewujudkan kerjasama dan persefahaman serantau, menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan dengan pelajaran dan meninggikan taraf guru.

Peranan Persatuan Guru-guru juga turut dibincangkan dalam persidangan terutama perkara-perkara yang berkaitan dengan usaha-usaha meninggikan dan meningkatkan lagi sistem pelajaran serta mengatasi masalah dan kepincangan di dalam sistem pendidikan pada masa ini.

Peranan dan tanggungjawab badan-badan dan persatuan ini juga penting sekali terutama dalam usaha-usaha kerajaan di negara sedang membangun seperti di Asia untuk meninggikan lagi taraf pendidikan kepada penduduk.

Sumber: Arkib Negara Malaysia
Hari Ini Dalam Sejarah: 27 Disember 1969 Hari Ini Dalam Sejarah: 27 Disember 1969 Reviewed by faizalnizam on December 27, 2010 Rating: 5

2 comments:

  1. salam fyzal...

    waahhh bagusla blog ni..
    ade segmen HARI INI DALAM SEJARAH..
    good...

    ReplyDelete
  2. @adinda amy sensei
    salam cik amy.

    sekadar berkongsi info. segmen ni pun ambik dr website Arkib je.

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.