Hidup adalah satu proses pembelajaran. Samada kamu memilih belajar cara yang elok atau kamu memilih jalan sebaliknya. Itu terpulang. Walau bagaimanapun kebebasan memilih bukan alasan untuk kita melakukan sesuatu perkara sesuka hati kerana kalau kamu seorang Islam, dalam diri kamu ada satu perkara yang dipanggil Iman.
Beberapa hari ini saya belajar untuk memahami dunia blogging dalam gambaran yang lebih luas dan pelbagai. Betapa bloggers menulis atas pelbagai sebab dan dengan pelbagai cara. Pelbagai pendekatan dan pelbagai mesej dalam entri-entri mereka.
Saya tidak terkejut sebenarnya apabila bertemu dengan blog-blog yang lantang membawa fahaman anti-agama dan memperlekehkan agama. Kerana golongan sebegini memang wujud dari dulu lagi. Dari zaman Junjungan Besar Rasulullah SAW memang sudah ada golongan yang menentang agama dan kebenaran.
Jika kita ikuti perkembangan di seluruh dunia pun, banyak kumpulan-kumpulan anti agama dan anti ketuhanan. Golongan seperti ini tidak keterlaluan jika kita katakan sebagai bodoh sombong kerana mereka rasa ilmu dunia sudah cukup, malah ada yang beragama Islam menolak hakikat kehidupan selepas kematian.
Kamu boleh cari sahaja. Banyak blog-blog yang begitu. Cuma satu perkara, jika kamu membaca atau terbaca blog-blog yang bersifat membelakangkan hukum-hukum Allah, membawa pelbagai ideologi yang tidak selaras dengan nilai keimanan dan menolak nilai-nilai moral, maka gunakanlah Iman kamu untuk menilai apa yg kamu baca.
Membaca dengan iman dan membaca dengan nafsu, jelas dua perkara berbeza. Begitu juga menulis bertunjangkan iman dan menulis bertunjangkan nafsu adalah dua perkara berbeza. Jangan terpengaruh dengan dakyah-dakyah yang boleh menggoncang iman kamu.
Ingat - kebebasan ucapsuara bukan kebebasan mutlak atau total. Mesti ada batas-batasnya kerana kita hidup dalam masyarakat yang bertamadun.
Saya mahu tulis lagi tetapi itu akan menjadikan entri ini terlalu panjang. Kita sambung lagi nanti.

Kepelbagaian Dunia Blogging
Reviewed by faizalnizam
on
December 21, 2010
Rating:
ok. so aku dalam kategori mane?
ReplyDeletehaha
@imsupernotcool
ReplyDeletei won't be judgmental bro. kita lebih tahu diri kita dalam kategori mana :) hahaha..
hmmm belum lagi jumpa blog sebegitu...dan xingin baca..
ReplyDelete@rossoneri
ReplyDeletesaya pun baru terjumpa. dan mula2 membaca mmg sedikit tersentak.
like this entry~!!
ReplyDelete@anis izyan
ReplyDeleteterima kasih cik anis :)
bro, aku dah baca entri tu..kalau nak sembang lebih kat twitter jela hehe
ReplyDelete@tengkorakemas
ReplyDeleteorait bro.. sembang kat twitter nanti.