Apabila bercakap tentang orang muda dengan jiwa muda dan semangat muda, pasti tidak menjadi persoalan untuk mengaitkan dengan keinginan memberontak. Itu saya anggap sesuatu yang biasa. Orang muda selalu ada pemikiran yang kadang-kadang luar biasa dan mereka suka serta bersedia bersuara lantang.
Orang muda, walaupun begitu, kadang-kadang boleh hilang arah - kerana apa? - kerana mereka berjiwa muda. Orang muda ramai yang tinggi pengetahuannya tetapi sayangnya ramai juga yang meletakkan hukum-hukum Allah di tempat terendah.
Saya sendiri pernah menjadi muda yang memberontak hingga satu waktu saya ditimpa kemalangan yang hampir menyebabkan saya putus asa dengan kehidupan. Waktu itu saya belajar, apabila kita berani melampau, akan datang sesuatu dari Yang Maha Esa supaya kita sedar hidup kita bukan kita yang kawal sepenuhnya.
Satu perkara yang jelas, bagi sesetengah orang mereka tidak akan sedar selagi belum menerima azab terpedih daripada Allah. Maaf jika entri-entri hari ini bermesej sedikit berat. Saya cuma bimbang kerana tanda-tanda kecil kiamat sudah jelas.
Jika mahu memberontak juga, "memberontaklah" pada perkara-perkara yang wajar. Saya tidak akan memberi contoh apa yang wajar di sini. Kerana pada akhirnya jiwa muda kamu juga akan menentukan mana yang wajar. Dan kewajaran yang kamu tentukan bergantung pada jalan mana yang kamu pilih.

Memberontak Itu Biasa Bagi Jiwa Muda
Reviewed by faizalnizam
on
December 21, 2010
Rating:
betol tuh.. org muda, besenya nk m'berontak je bila ada benda yg dia xske.. bila pk2 blek, mcm bodoh je tindakan time muda2 belia dulu.. huk3~ T__T
ReplyDelete@nusana
ReplyDeleteorg muda cuma akan sedar bila dah tua. selagi muda selagi tu terus memberontak - kebanyakkannya, bukan semua org muda begitu.
bro, aku faham entri ni dgn entri yg lepas pasti berkait dgn hal tu bukan?
ReplyDeleteaku ada kisah nak dikongsikan, dalam buku u-turn tu,
ada seorg ayah bersama 2 anaknya masuk ke dalam komuter,
si anak berbuat bising dan agak agresif, ramai penumpang meluat dan memandang geram,
sedangkan si ayah hanya memejamkan mata,
hinggalah seorg penumpang menegurnya, tentang hal anaknya..
maka dgn sayu dia bercerita, kedua anaknya sebelum ini murung,
kerana terpisah dgn ibu mereka yg ditahan di wad,
tapi rindu tu akhirnya tak tertahan,
dan mereka akhirnya dibenarkan melawat ibu mereka atas kebenaran pihak hospital,
mereka berubah menjadi riang,
tapi sebaik si ayah keluar ingin bawa anak2nya,
dia terima panggilan telefon, yg membawa khabar isterinya sudah 'pergi'
tidak tergamak ingin memberitahu anaknya..kemurungan mereka yg sebentar itu rupanya tidak seteruk apa yang bakal mereka lalui,
lalu penumpang yg menegur tadi memandang simpati anak2 ini..tanggapannya berubah sama sekali,
sedangkan yg lain masih memandang dgn benci pada anak2 ini..
kalaulah mereka tahu..pasti persepsi mereka berubah..
itulah bezanya org yg 'tahu' dan tak tahu..
bg org yg tak tahu, kejahilannya sedia untuk menjawab..
@tengkorakemas
ReplyDeletebetul bro.. 2 entri yg aku tulis ni. berkait dengan hal itu.
thanks bro, share that good story. aku kena beli dan baca jugak buku tu.
sebenarnya byk lagi blog-blog macam tu bro. kalau tak keberatan and kalau bro ada lapang, aku harap bro boleh tulis satu entri pasal hal tu berdasarkan perspektif bro.
sebab aku yakin bro sebagai org yang berkelulusan syariah pasti ada pandangan yg lebih jitu.
mcm aku bro, aku tetap berlatarbelakangkan pendidikan undang2 civil yg nature nya kebaratan. jd nk argue dalam perspektif syariah, aku tak brape power.
@Fyzal
ReplyDeleteInsyaAllah bro, aku ada juga minta pendapat seorg sahabat blogger yg belajar al-Azhar, sebab dlm entri tu ada komen tentang ayat Ahzab ayat 59, aku minta pendapat dia, ko kenal?
http://effysaiful.blogspot.com/
@tengkorakemas
ReplyDeleteorait bro..
aku tak kenal sahabat blogger tu.. tp its good to know he is from al-Azhar & aku dah tgk blog dia.
so aku harap, bro dengan bro effysaiful boleh komen pasal ni. aku ada jumpa blogger2 yg dah counter argument atas entri tu.
aku bukan ape. takut faham yang begitu menusuk dalam hati anak-anak muda. rosak nanti.
memang bro.. dlm entri tu ada pasal ayat 59 surah al-Ahzab.