Jika saya mahu terus kepada konklusi, memang boleh. Kita katakan sahaja kekalahan Indonesia malam ini adalah balasan kepada sikap Markus yang menyebabkan perlawanan tertangguh hampir lima minit.
Barangkali cubaan menangguhkan permainan selama minit itu adalah "mind game" Indonesia untuk menjatuhkan motivasi pemain-pemain pasukan Kebangsaan dan menyerang psikologi mereka.
Tetapi sebaliknya yang berlaku, pasukan Kebangsaan membuktikan kekalahan 0-5 kepada Indonesia dalam perlawanan pembukaan AFF Suzuki Cup yang lepas bukan faktor yang boleh menggoyah semangat mereka.
Walau kadangkala barisan pertahanan kelihatan sedikit longgar tetapi tiada kesilapan-kesilapan yang membawa kepada kemusnahan. Penyerang-penyerang Malaysia juga beraksi dengan sepenuh hati malam ini.
Jika saya, saya secara peribadi memilih Norshahrul Idlan sebagai "man of the match". Dua kali Norshahrul melakukan "assist" membolehkan Malaysia mendahului 2-0. Sebelum gol ketiga menyusul hasil tandukan tajam Safee Sali menewaskan Markus selepas menerima hantaran jauh dari Mahalli, jika tidak silap saya.
3-0 sememangnya bekal yang cukup selesa untuk dibawa ke Jakarta nanti. Walaupun berada di atas platform yang baik untuk menjuarai AFF Suzuki Cup, pasukan Kebangsaan tetap masih kena berhati-hati apabila bertandang ke Jakarta nanti.
Tahniah kepada pasukan Kebangsaan atas persembahan yang cukup memberangsangkan malam ini. Kita harap mereka mengekalkan persembahan seperti malam ini semasa final kedua nanti. Tahniah juga kepada penyokong-penyokong Malaysia!

Keputusan Final Pertama AFF Suzuki Cup: Malaysia 3-0 Indonesia
Reviewed by faizalnizam
on
December 26, 2010
Rating:
![Keputusan Final Pertama AFF Suzuki Cup: Malaysia 3-0 Indonesia](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgdqubAFQQGAv1NsGPZlF0pLyX_ubRVMrDUdW4cC-cxidps8vrMn9hvTtD2g7uT_BIv7Zwg7d8suxrRd21H-btfeFl1RoHJ7TumSX7tAcYQjd7X8VS_00y8QhVUYbFTWHFI_4s1wrrz1UQ/s72-c/aff+trophy.jpg)
heh.kesian markus.muke tension jee
ReplyDeletetapi kepeer malaysia hensem
tahniah malaysia
*kucup-kucp*
@anisa
ReplyDeletemarkus main ngelat.. saje nk delay game.. kan dah kalah. wahahahaha.