Sebelum ke Shah Alam, saya membuat persediaan Undang-Undang di UiTM Merbok, Kedah, Semasa di sana, saya boleh katakan 97 peratus adalah kenangan manis-manis belaka. Cuma 3 peratus sahaja yang sedikit pahit dan kelat.
Maka Kedah agak dekat di hati saya. Maka hari ini apabila saya bertemu dengan salah satu peristiwa sejarah yang berkait dengan negeri Kedah, saya mahu kongsikannya. Saya suka kawasan padi menghijau di Kedah. Memang mendamaikan dan menenangkan.
26 Disember 1983
Konvensyen Pembangunan Negeri Kedah
Melalui seminar, konvensyen dan sebagainya akan dapat menghasil idea-idea dan keputusan yang bernas dan berkesan untuk kepentingan sesebuah organisasi.
Pada hari ini 26 Disember 1983, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad telah merasmikan Konvensyen Pembangunan Negeri Kedah, bertempat di Dewan Seminar Bangunan Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah.
Seminar itu telah diadakan selama 4 hari dan dianjurkan bersama oleh Persatuan Kebajikan Mahasiswa Kedah, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Kerajaan Negeri Kedah.
Konvensyen tersebut telah dihadiri oleh 400 peserta dari UKM, UPM, UM, UTM, USM, Ketua-ketua Jabatan Negeri, Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan serta wakil-wakil agensi Kerajaan dan swasta.
Pelbagai program telah diadakan dalam konvensyen itu, diantaranya ialah pembentangan 7 kertas kerja, diskusi dan bengkel, lawatan dan taklimat projek pembangunan, ucapan khas pembangunan, dialog umum pembangunan dan lain-lain.
Di antara tujuan utama konvensyen di adakan ialah:
1. Untuk memaparkan kepada masyarakat Negeri Kedah dan Kerajaan negeri tentang permasalahan yang dihadapi oleh negeri Kedah.
2. Mencari penyelesaian kepada permasalahan-permasalahan yang dihadapi dalam usaha membangunkan negeri dan masyarakat.
3. Menyatakan keadaan sebenar yang wujud di negeri Kedah di samping memberi penjelasan dan penerangan kepada masyarakat kampus universiti-universiti tempatan, badan-badan kerajaan, separuh kerajaan dan swasta.
4. Memberi kesempatan dan pengetahuan kepada para peserta dalam menganalisa sesuatu fenomena yang berhubung dengan pembangunan negeri keseluruhannya, serta membuat resolusi, cadangan dan pandangan penyelesaiannya kepada Negeri Kedah.
5. Mempereratkan hubungan kerjasama mahasiswa antara universiti-universiti tempatan dengan kerajaan negeri.
Sesungguhnya dengan adanya konvensyen itu diharap akan memberi kesedaran dan keinsafan kepada para peserta terhadap masalah yang sebenar dihadapi oleh Kerajaan Negeri Kedah dalam usaha-usaha pembangunannya.
Di samping itu juga konvensyen itu diharap akan melahirkan pelbagai integrasi tenaga dan fikiran ke arah meningkatkan lagi keberkesanan pembangunan negeri Kedah.
Sumber: Arkib Negara Malaysia

Hari Ini Dalam Sejarah : 26 Disember 1983
Reviewed by faizalnizam
on
December 26, 2010
Rating:
![Hari Ini Dalam Sejarah : 26 Disember 1983](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgvec-ztOM8fZROVAo1N6npt-U7H2K65s3tWNBf_CJPmiwLtHnsxAyOmRWyY1QGjywryCxks2V0dGFCb7gibAptIwP-_Nu96DS9QdwrodUvspsevhIVAYJBBSs4rHd10YeilgA5eXIciEA/s72-c/kedah.gif)
No comments:
appreciating your feedback and response!