Saya yakin blogger-blogger sedang dan telah "posting" entri kemenangan pasukan Kebangsaan. Tewas 1-2 di Jakarta, Malaysia menang dengan agregat 4-2, tetapi perkara yang jelas tentang perlawanan ini ialah kelonggaran bahagian pertahanan pasukan Kebangsaan.
Ini menyebabkan Khairul Fahmi terpaksa bekerja keras menyelamatkan gawang termasuk menyelamatkan penalti kapten pasukan Indonesia. Gol kedua sangat jelas kesilapan barisan pertahanan dan Muslim bertindak kurang bijak menyebabkan bola masuk ke gawang Malaysia.
Walaupun begitu syabas kepada Malaysia kerana 3 gol di Bukit Jalil dan satu gol di Jakarta membolehkan Malaysia menang 4-2. Safee Sali sebagai penjaring terbanyak kejohanan dengan 5 gol. Ini adalah titik tolak untuk menaiktarafkan bola sepak negara.
Diharapkan pasukan Kebangsaan terus berusaha dengan lebih gigih dan jangan terlalu selesa dengan kemenangan ini kerana kehebatan bola sepak sesebuah negara tidak cukup sekadar diukur daripada satu kejohanan.
Tahniah sekali lagi buat semua pemain dan staff pasukan Kebangsaan, Teruskan pencapaian yang cemerlang itu. Malaysia adalah negara keempat memenangi kejohanan ini selepas Thailand sebanyak tiga kali, Singapura juga tiga kali dan Vietnam memenanginya sekali.

Malaysia Juara AFF Suzuki Cup!
Reviewed by faizalnizam
on
December 29, 2010
Rating:
it was a great game!proud of both team!congratz!
ReplyDeletebetul2.. game yang sangat membanggakan biapun malaysia kalah main di padang lawan. tp tetap membawa balik piala AFF! teruskan usaha !
ReplyDeletetahniah malaysia!!! yahooo!!
ReplyDeleteMalaysiaa bolehh :D
ReplyDeleteyeay!!menang!!esok cuti!(pdhal bukan alin keje pon)hee
ReplyDeletemacy egt nak update sal ni gak tapi dah lewat on9. hihi
ReplyDeleteapa pun sayang ashari ;D
bro, selamat tahun baru 2011..:)
ReplyDeleteAku tak puas hati dgn games kat Jakarta tu. Huh!
ReplyDelete