Widget Random Post No.

Walaupun Baru 3-4 Hari, Sudah Rindu Pada Dunia Blog

Mungkin sedikit terlewat sebenarnya, tetapi tidaklah begitu terlewat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 kepada rakan-rakan blogger sekalian. Sepertimana yang rakan-rakan blogger sedia maklum, sudah beberapa hari tiada apa-apa "update" di blog ini.

Saya "away" sejak 30 Disember yang lalu kerana menghadiri majlis perkahwinan sepupu di Bandar Penawar, Johor. Saya dan keluarga ke Ipoh dahulu pada 30 Disember itu. Awal-awal pagi 31 Disember baru bertolak ke Bandar Penawar dari Ipoh. Kendurinya pada 1 Januari 2011 :)

Petang semalam (3 petang 2 Januari) saya sampai ke Shah Alam. Program baru dan semester baru akan bermula. Program yang lebih mencabar. Saya harap apa yang akan saya tempuhi pada masa hadapan tidak akan menghalang saya untuk terus berblog.

Rakan-rakan blogger yang masih memberi sokongan dan datang membaca di blog ini, anda semua adalah inspirasi dan dorongan untuk saya terus berblog.

Terima kasih kepada rakan-rakab blogger yang menyertai kontes di atas. Saya akan "update links" rakan-rakan sekalian pada 4 Januari nanti. Mungkin sedikit lewat kerana sebelah pagi hingga tengah hari saya perlu menyelesaikan urusan pendaftaran.

Kita jumpa nanti dalam entri seterusnya.
Walaupun Baru 3-4 Hari, Sudah Rindu Pada Dunia Blog Walaupun Baru 3-4 Hari, Sudah Rindu Pada Dunia Blog Reviewed by faizalnizam on January 03, 2011 Rating: 5

11 comments:

  1. Selamat kembali ke kampus dik. Semoga tahun baru memberikan semangat dan keceriaan utk menyambung pelajaran sehingga tamat ijazahnya.

    Ya, anak dara Kak Azie pun balik semalam ke Shah Alam. Hari ini pasti meriah, kan?

    ReplyDelete
  2. @amalina afif
    happy new year too :)

    @kak azie
    terima kasih kak azie. insyaAllah, mudah-mudahan semuanya baik-baik sahaja :)

    mula-mula sem ni mmg meriah.. macam macam aktiviti ada nanti .. hehehe

    ReplyDelete
  3. Anda merindui blog anda... tetapi adakah blog anda merindui anda? Satu persoalan yg mendalam...

    ReplyDelete
  4. SALAM FYZAL...

    APA KHABAR...
    SELAMAT TAHUN BARU DARI SAYA...
    SEMOGA TERCAPAI APA YG DICITA...

    ReplyDelete
  5. Happy new year fyzal..dla dah join taw segmen tu..hehe

    ReplyDelete
  6. @jo qusary
    saya harap blog saya juga merindui saya.. :)

    @therosputih
    alright, will be there for the GA. thanks for the invitation.

    @anis izyan
    yerp.. sudah kembali.. hehehe

    @adinda amy
    salam cik amy. sehat2 sahaja. InsyaAllah :)

    @d_La
    thanks for joining dLa.. and happy new year too :D

    ReplyDelete
  7. Dapat JPA jangan lupa payung aku. Hahaha. Selamat kembali berblogging!

    ReplyDelete
  8. @shahrul hafizi
    hahaha.. okeyh bro. takde hal punya.

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.