Widget Random Post No.

Sambilan di Cyber Cafe

Saya mengisi separuh cuti yang masih tinggal dengan bekerja di Cyber Cafe. Dan itu memang sesuatu yang saya sukakan. Salah satu sebabnya kerana saya ada akses Internet tanpa batasan.

Saya bukanlah memilih pekerjaan walaupun sekadar sambilan.Tetapi saya tidak boleh bekerja di stesen minyak atau di restoran makanan segera kerana saya tidak tahan dengan baunya.

Saya suka melihat karenah budak-budak yang main games di cyber cafe ini. Walau bagaimanapun agak membimbangkan apabila ada kanak-kanak bawah 12 yang masuk tanpa ditemani ibu bapa.

Agak sukar untuk saya mengawalnya. Ibu bapa mereka sepatutnya prihatin dengan aktiviti mereka dan ke mana mereka pergi. Tetapi jika ada yang berpakaian sekolah memang tidak akan dibenarkan masuk.

Walaupun sekarang terdapat pelbagai plan broadband tetapi cyber cafe masih perlu ada dengan tujuan kemudahan kerana bagi pengguna Internet tidak tegar, tidak berbaloi untuk melanggan broadband.

Jika anda pelanggan cyber cafe, maka manfaatkanlah kemudahan yang ada dengan cara yang sepatutnya. Perjudian dan pornografi adalah di larang sama-sekali di mana-mana cyber cafe.

Selamat melayari Internet kawan-kawan!
Sambilan di Cyber Cafe Sambilan di Cyber Cafe Reviewed by faizalnizam on December 13, 2010 Rating: 5

4 comments:

  1. haha ... teringat kisah MR J 2 tahun dalam dunia kerja Cc ni.. macam2 hal jadi.. mak bapa bawa rotan datang cari anak.. ada gak yang nak saman MR J sebab anak dorang masuk.. ada juga cikgu dtg cari budak ponteng dan macam2 hal lah..


    * Tarian Esotik Elyana Terbongkar.
    * Perkenalan dengan Fasha Sandha.
    * Gadis bertudung main air terlebih Seksi.

    ReplyDelete
  2. @mr J
    wah mr J lagi banyak pengalaman bekerja kat cc. saya setakat ni takde lagi la mak bapak dtg bwk rotan. hehehe.

    ReplyDelete
  3. teringat dlu ms sekolah, selalu sangat pi cc..hehehe

    ReplyDelete
  4. @hanys
    tmpt lepak yang paling syok - cc. :)

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.