Widget Random Post No.

Tulis Yang Kita Suka Atau Tulis Yang Pembaca Suka

Perkara ini sudah lama bermain di minda saya dan saya yakin pasti ada blogger-blogger yang pernah menulis tentang perkara. Apabila kita menulis satu-satu entri blog, sudah pasti kita mahu ada pembaca yang datang membaca.

Permasalahannya ialah lain pembaca lain citarasanya. Bukanlah sesuatu yang baik jika saya melakukan "hasty generalization" dengan mengatakan majoriti pembaca blog sukakan hal-hal hiburan dan gosip-gosip artis tetapi sebagai contoh, andaikanlah majoriti pembaca blog sukakan entri-entri hiburan dan gosip-gosip artis tetapi si penulis blog itu tidak gemar menulis entri sebegitu.

Jadi apa yang ingin saya persoalkan di sini - demi mendapat lebih ramai pembaca dan menaikkan trafik ke blog, wajarkan si penulis blog itu menulis sesuatu yang dia tidak suka dalam keadaan hati terpaksa demi memenuhi selera majoriti pembaca blog?

Di sinilah saya rasakan wujudnya konflik samada mahu menulis perkara yang kita suka atau menulis perkara yang majoriti pembaca suka. Sebenarnya agak sukar untuk saya menjawab persoalan ini kerana kita sendiri tidak pasti selera sebenar pembaca blog.

Jika rakan-rakan blogger dan pelawat-pelawat blog ini punya pendapat, sila kongsikan di ruangan komen. Saya ingin tahu perspektif anda. Berkongsi ilmu dan pendapat secara elok tiada membawa kerugian :)
Tulis Yang Kita Suka Atau Tulis Yang Pembaca Suka Tulis Yang Kita Suka Atau Tulis Yang Pembaca Suka Reviewed by faizalnizam on December 14, 2010 Rating: 5

10 comments:

  1. i couldn't care less what my 'readers' want from my blog. i blog to be free from anybody's oppression.

    ReplyDelete
  2. ntahlah.. saya jadi kering idea kalau nak masukkan faktor ni bila mengarang..
    gasaklah.. tulis saja..

    ReplyDelete
  3. masih dalam dilema. mengejar trafik atau mengejar kepuasan diri? mungkin pertama kita perlu mengejar trafik. setelah trafik ok, kita beralih angin secara perlahan-lahan ke arah kepuasan diri. sekadar pendapat.

    Jangan lupa vote No. 383 /// Pilihan 10
    Undi No. 383 sekarang!!!
    Muchas Gracias !
    Kop Khun Krap !
    Arigatô gozaimasu!

    ReplyDelete
  4. Bro, bagi aku, aku lebih suka tulis sesuatu yg aku minat dan yg aku terfikir bagus untuk dikongsikan, jika ada yang minat dia akan membacanya, jika tak minat, takpela,

    tapi aku akan buat pelbagai jenis entri selagi mana ia masih boleh ditulis aku dgn rasa gembira

    ReplyDelete
  5. kite suke dan org suke
    jagn laa over mngedik kowt bg anis..
    over2 sgt org tak suke kan..
    mmg laaa statmnt "ni blog aku,aku punye suka lah"
    tapi..
    kalau nak mcm tuh...buat laa private..
    jgn laaa sampai yg tak ptt pun nak cerite...
    kalau blog public..
    semua org baca
    hati org juga perlu diajaga kowt~~
    hihihi
    hnye pendapat

    ReplyDelete
  6. apa kata tulis yg kita suka tp dalam masa yg sama orang akan baca jugak.huhu..

    ReplyDelete
  7. Tulislah apa yang kita suka....sebab kita tak dapat nak puaskan semua hati orang dan taste orang..for sure ade orang yang suka bace ape yang kita suka tulis :)

    ReplyDelete
  8. yuppp..mmg kalo psl artis dpt menaikkan trafik..tp kalo dla mmg x suke sgt bc brite psl artis, so mmg x minatla nak wat en3 psl artis..sbb dla bkn kisah sgt psl trafik ni..hehe

    ReplyDelete
  9. kalau nak orang baca , kena tulis yang pembaca suka . selalunya kita tak tau topik yang macam mana pembaca suka . ada yang suka topik kerja , info , cinta dan macam2 lagi . tapi yang penting , mesra dalam entri tuh penting . tak lah nampak seriyes sgt . mesra pembaca lah katakan . hehe :D

    p/s:sorry la komen ni macam panjang je . HAHA

    ReplyDelete
  10. mestilah buat entri apa yang kita suka dan rasa menda tu menarik untuk dikongsikan dalam blog...
    err..aku tak minat berita-berita artis

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.