Niat sahaja baik tetapi cara salah - saya tidak fikir itu satu pendekatan yang baik untuk mengajar orang muda zaman sekarang. Orang muda zaman sekarang - sifat mereka sukar, dan cara berfikir semakin "complicated". Sudah tentu pendekatan untuk menyebarkan perkara-perkara elok kepada anak muda hari ini tidak sama dengan 50 tahun dahulu.
Di atas itu sekadar pembuka bicara dan saya tidak akan pergi lanjut tentangnya. Cuma yang penting jika kamu seorang yang tinggi ilmu agama dan muda, dekatilah rakan-rakan muda kamu dan nasihatilah mereka dengan cara yang berhikmah dan lembut, jika diizinkan Allah, akan terbuka pintu hati mereka nanti untuk kebaikan.
"Sound" rakan kamu di khalayak umum dan memalukannya di hadapan rakan-rakan lain - saya tidak fikir itu sebagai sesuatu yang "appropriate" untuk dilakukan. Barangkali saya bercakap dalam konteks sekeliling saya, barangkali tidak.
Berbangga dengan kebaikan kita, bukankah riak namanya itu? Jika kamu baik - soleh atau solehah - maka semakin merendah dirilah kamu sepatutnya dan sentiasa berfikir cara yang tepat untuk sama-sama mengajak kawan-kawan kamu kepada kebaikan.
Ah... saya seperti sudah pergi lanjut tentang hal di atas. Tinggalkan yang itu seketika.
Makan malam tadi bersama dua rakan sekelas, sempat mengimbau zaman kanak-kanak. Hidup yang tiada tekanan dan selalu yang manis-manis. Menjadi kecil memang sesuatu yang menakjubkan. Ya, menjadi dewasa pun sesuatu yang menakjubkan - kedua-duanya unik dalam caranya yang tersendiri.
Berbicara soal kartun, kami berbicara, antara lain, Tomato Man :) Sesuatu yang membuatkan saya mampu tersenyum dan ketawa. Kami membesar dengan kartun itu, salah satunya. Ada kalanya, seperti mahu menjadi kecil semula - tetapi hidup bukan begitu sifatnya. Itu tinggal kenangan - yang apabila dikenang - dapat merasa manisnya waktu dulu.
Hidup sekarang berbeza. Perubahan - kehidupan adalah tentang berubah dan perubahan - saya mahu menulisnya dalam entri yang akan datang. Selamat berhujung minggu :D

Cara Mesti Betul dan Tomato Man
Reviewed by faizalnizam
on
January 21, 2011
Rating:
tomato man?tak penah tengok pon hehe
ReplyDeleteHmmm tiba-tiba Kak Azie rasa nada penulisan kali ini begitu skema sekali. hehehe
ReplyDeleteTomato Man? Kak Azie tak pernah tahu pun. Hmmm Kak Azie cuma ingat kartun Thunder! Thunder! Thunder Catttt...!
tomato man - cerita wira kanak2 yang sempoi
ReplyDeletesmpai ari ni nyanyi lagu tomato man
tomato tomato tomato man
betul.. Rasullullah memang galakkan daie berdakwah secara berhikmah..
ReplyDeleteeh.. tomato man tu pun favourite saya waktu kecil-kecil dulu...
Tomatoman yg mbuatkan hati aku berat p sek agama ptg ha2..tu belum lg maskman, flashman..
ReplyDeleteBukan semua org sesuai dgn pendekatan kita, maka selayaknya gunakan hikmah
selamat hujung minggu bro....busy ek sekarang sb jarang tgk entri baru,,,,
ReplyDeleteape2 pun hidup mesti teruskan....cecece....
dulu saya minat katun tomatoman....
ReplyDeleteNew entry: Yea! Dapat hadiah!
yup..memang mempunyai message y same dengan entri sy
ReplyDeletehttp://zaarasopheahayat.blogspot.com/2011/02/ingat-di-situ-terletak-permainan-hidup.html
(Ingat Di Situ Terletak Permainan Hidup Manusia)
mereka mmg kate bkn niat nak riak, tp cara sound dikhalayak umum tlh mnnjkkn pbuatan riak n scr xlngsung timbulkn fitnah serta kutukan org lain pd rakan y dnasihati 2..makin lama makin melarat, silaturrahim pula terputus..cipta permusuhan pula di situ