Widget Random Post No.

Tenang: Pilihanraya Kecil dan Hidup Ini

Apabila tiba musim pilihan raya kecil; akhbar-akhbar memuatkan semuanya cerita-cerita tentang pilihan raya kecil itu. Itu bukanlah sesuatu yang memuakkan saya kerana politik - jika kita sedia maklum memang begitu sifatnya.

Walau apa pun parti yang kamu sokong dan suka - pastikan ada rasionalnya - perjuangan demi orang ramai dan bukan demi sendiri. Tetapi saya tidak akan membazirkan sekelumit masa yang saya ada ini untuk menulis hal politik - kerana dalam konteks kehidupan saya sekarang - mengikuti perkembangan semasa pun sudah terasa sukar.

Owh... saya memang sedang dalam kerinduan. Rindu untuk menjengah blog-blog rakan blogger sekalian. Mahu membaca entri-entri yang melonjakkan pelbagai perasaan. Ya, memang saya cuba meluangkan sedikit masa. Cuti hari ini dapatlah sedikit merehatkan minda dan jiwa.

Nanti kesibukan akan menghimpit semula. Sekurang-kurangnya kesibukan membunuh kesepian. Itu saya jelas - dan sekurang-kurang itu kebaikan yang saya rasa daripada kesibukan yang mencengkam hidup sekarang ini.

Dan saya mahu berterima kasih kepada rakan-rakan blogger yang masih sudi membaca entri di blog ini yang sekarang ini cuma kadang-kadang sahaja muncul. Dan komen-komen yang kalian tinggalkan, saya hargai sepenuhnya.

Jika diizikan Allah, saya akan punya banyak masa dengan blog apabila cuti semester ini kerana cutinya hingga 4 bulan. Saya cuma kurang aktif dan belum berfikir meninggalkan dunia blogging. Masih di sini cuma kadang-kadang sahaja muncul.
Tenang: Pilihanraya Kecil dan Hidup Ini Tenang: Pilihanraya Kecil dan Hidup Ini Reviewed by faizalnizam on January 20, 2011 Rating: 5

2 comments:

  1. pandangan kita terhadap kesemua parti politik yg wujud di negara ini adalah sama :)

    ReplyDelete
  2. sabar menanti cuti semester ye :)

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.