Widget Random Post No.

Semester Baru Bermula Secara Rasmi

Saya ingin menulis yang personal-personal sedikit awal pagi ini (7.10am). Pagi ini pendaftaran untuk program B. (Hons.) of Law atau LL.B itu. Harapnya proses pendaftaran berjalan lancar tanpa sebarang masalah yang tidak diingini.


Hari ini wajar saya katakan permulaan yang benar-benar baru untuk tahun baru ini. Program baru, semester baru, silibus pelajaran yang baru, dan cabaran yang baru - cuma rakan-rakan sahaja masih yang sama seperti dulu dan saya suka begitu.

Kepada rakan-rakan blogger yang memulakan semester baru dalam 2-3 hari terutamanya pelajar-pelajar UiTM, selamat belajar dan berusaha, selamat meneruskan perjuangan anda sekalian kerana di hadapan kita masih banyak yang perlu ditempuhi.

Dengarnya selepas pendaftaran akan ada taklimat pula dan harapnya taklimat itu tidak akan membosankan. Taklimat yang panjang dan membosankan akan menjatuhkan motivasi - itu apa yang saya fikir. Panjang tetapi menghiburkan baik tetapi taklimat yang pendek dan menghiburkan adalah jauh lebih baik :)

Selamat berhari Selasa semuanya.

p/s: Pagi-pagi semasa menulis entri ini, saya menikmati lagu "Laila Namamu Teratas". Mengingatkan saya pada seseorang yang saya jarang-jarang bercakap dengannya tetap caranya memang menawan kalbu.
Semester Baru Bermula Secara Rasmi Semester Baru Bermula Secara Rasmi Reviewed by faizalnizam on January 04, 2011 Rating: 5

6 comments:

  1. selamat berhari selasa...belajar leklok ye dik..

    ReplyDelete
  2. Boleh tak saiko kan anda dgn mengatakan "jgn lupa bawa gebar dan cerek air panas ke kelas (yg dah convert jadi firm) ketika buat subjek Conveyancing..."

    hehehe...

    ReplyDelete
  3. ooo... budak law uitm rupanya...

    rindu pulak rasanya berfakulti tersepit di tengah2 fakulti perniagaan. lepas kuliah jalan kaki ke menara semata-mata nak makan cendol. lepas tu naik bas baik ke perindu. ngee....

    ReplyDelete
  4. nasib kitaorang tak ada daftar2
    masuk kelas jer terus
    hohohoh

    P/S : Belia Benci Kuliah Minggu Pertama!

    ReplyDelete
  5. Ehemmm! Kirim salam kat Amelda ya. Hehehe.

    ReplyDelete
  6. selaamt masuk semester baru bro....usaha lebih lagi

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.