3 ke 4 hari kebelakangan ini saya memang tidak mengikuti perkembangan semasa. Tiada berkesempatan membaca akhbar biasa mahu akhbar atas talian.
Mungkin saya terlewat mengikut perkembangan ini tetapi saya memang terkejut tatkala membaca tentang perletakan jawatan Misbuk Sidek.
Tidak keterlaluan untuk mengatakakan Misbun adalah lagenda badminton negara. Beliau bukan sahaja berjaya sebagai pemain malah berjaya sebagai seorang jurulatih.
Akhbar melaporkan Misbun tidak mahu bicara panjang perihal perletakan jawatan beliau. Namun akhbar seakan mahu menyatakan bahawa Misbun berkecil hati dengan layanan Persatuan Badminton Malaysia terhadap diri beliau.
Jadi saya tertanya-tanya bagaimana Lee Chong Wei akan menghadapi tiga kejohanan awal 2011 tanpa Misbun di sisinya. Kejohanan itu termasuk final Grand Prix (GP) di Taiwan bermula Rabu ini, diikuti Terbuka Malaysia (18-23 Januari) dan Terbuka Korea (25-29 Januari).
Jika benar ada tindak tanduk BAM yang menyebabkan Misbun tawar hati dan mahu melepaskan jawatan, saya kira ada baiknya pihak BAM lakukan sesuatu kerana Misbun masih mampu memberi sumbangan kepada arena badminton negara.
Saya percaya peminat-peminat badminton negara masih mahu melihat Misbun berada di tepi gelanggang ketika Chong Wei beraksi di dalam gelanggang. Saya merasakan kombinasi Misbun-Chong Wei memang sesuatu yang hebat.
Secara peribadi, saya mahu Misbun mempertimbangkan semula perletakan jawatan tersebut.

Misbun Meninggalkan Arena Badminton Negara?
Reviewed by faizalnizam
on
January 04, 2011
Rating:
owh..wow..dah lama kan misbun ni..mungkin dia nak rehat kot..
ReplyDeleteAku pun terkejut baca surat khabar pasal tu. 3hari ke Shah Alam aku tak tahu berita semasa langsung, internet takde. Hohoho.
ReplyDeleteAda ura-ura Chong Wei pun nak tarik diri dari BAM. Huhuhu.
@sayaAnonymous
ReplyDeletebarangkali itu salah satu faktornya.
@shahrul hafizi
ReplyDeletesebab utama perletakan jawatan masih tak diketahui. misbun kata leboh baik chong wei selamatkan diri - aku pun taktau apa maksudnya.